Ruben Amorim mengiktiraf Manchester United sebagai kelab terbaik di dunia dan juga enjin kepada bola sepak dunia serta EPL.

Dalam satu video Amorim membuat kejutan ke atas peminat United yang membuat jelajah Old Trafford.

Dia menegaskan bagawa Manchester United adalah kelab terbaik di dunia. Kelab itu memiliki banyak trofi dalam koleksi mereka di kabinet.

Amorim kemudian menganggap Liga Perdana Inggeris dan bola sepak dunia tidak akan ke mana tanpa Manchester United yang diibaratkannya sebagai enjin yang menggerakkannya.

Amorim berkata: “Manchester United adalah enjin kepada Liga Perdana Inggeris.

“Kita semua tahu bahawa kita [Manchester United] adalah enjin kepada bola sepak [dunia].”

Ruben Amorim dilantik menggantikan Erik Ten Hag yang dipecat selepas prestasi tidak menentu awal musim ini.

Ruben Amorim mendapat banyak pujian kerana prestasi cemerlangnya bersama Sporting Lisbon. Dia berjaya memenangi beberapa kejuaraan liga bersama kelab itu.

Kini misinya adalah mengembalikan semula kegemilangan Man United.

Amorim awalnya meminta untuk mengendalikan Man United musim hadapan. Namun United terdesak memerlukan khidmatnya sekarang.

Akhirnya pengurus itu setuju menyertai United yang membayar €10 juta untuk menebus kontraknya bersama dengan kelab lamanya.

Misi utama United adalah memenangi semula Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara Juara Eropah. Perkara yang masih gagal dilakukan mana mana pengurus selepas era Sir Alex Ferguson.