Manchester United mahu membina stadium berkapasiti 100,000 tempat duduk bagi menggantikan Old Trafford menurut laporan BBC Sport.
Rancangan itu akan diumumkan menjelang akhir tahun ini dan projek bernilai 2 bilion pound (RM11.92 bilion) itu dijangka akan siap pada tahun 2030.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Ia bakal mengatasi Wembley yang ketika ini adalah stadium terbesar di negara itu, dan akan menjadi stadium kedua terbesar di Eropah selepas Nou Camp yang berkapasiti 105,000 tempat duduk.

United belum membuat keputusan berkenaan sama ada mahu membina semula atau menaik taraf Old Trafford, tetapi pemilik bersama, Jim Ratcliffe dikatakan mahu menggantikan stadium berusia 114 tahun itu dengan stadium baharu yang lebih moden.
Menaik taraf Old Trafford akan menjadi sukar kerana menjejaskan laluan kereta api di belakang Sir Bobby Charlton Stand dan terpaksa mengurangkan kapasiti dengan ketara semasa kerja-kerja pembinaan sekaligus menyebabkan ketidakselesaan kepada peminat serta kerugian besar dari segi pendapatan.
Kelab Liga Inggeris itu bagaimanapun tidak mampu untuk membina stadium baharu dengan dana sendiri, dan bercadang untuk menjual hak penjenamaan. United akan meminta pendapat peminatnya dalam proses ini.
United bercadang untuk membina stadium baharu bersebelahan Old Trafford, jadi pasukan boleh terus bermain di gelanggang keramat itu sementara pembinaan stadium baharu berjalan.
Old Trafford ketika ini hanya mampu memuatkan 75,000 penonton dan telah menjadi gelanggang rasmi Manchester United sejak 1910.