Manchester United kini masih berhutang €399 juta yang merupakan tunggakan hutang daripada pembelian pemain mereka daripada kelab lain.
United membelanjakan lebih £600 juta untuk membeli pemain pada era Erik Ten Hag sahaja. Perbelanjaan pada era pengurusan Ten Hag dianggap sangat boros.
Mereka juga membeli pemain seperti Paul Pogba dengan nilai €105 juta sebelum ini. Antony dibeli dengan nilai €95 juta, Harry Maguire dengan harga €86 juta, Jadon Sancho (€85 juta), Lukaku (€84.7 juta).
Nama lain termasuk Di Maria (€75 juta), Rasmus Hojlund (€74 juta), Casemiro (€71 juta, Bruno Fernandes dan Mason Mount dengan nilai €65 juta.
Itu antara pembelian mahal dibuat Manchester United dalam beberapa musim terakhir ini. Agak menarik apabila pemain pemain mahal tersebut masih ramai yang tidak menepati harapan daripada peminat.
Dengan tunggakan bayaran perpindahan sebanyak €399 juta menjadikan ia angka hutang tertinggi oleh Man United dari segi bayaran untuk perpindahan pemain.
Manchester United's current transfer debt has soared to €𝟑𝟗𝟗 𝐌𝐈𝐋𝐋𝐈𝐎𝐍 , the 𝐇𝐈𝐆𝐇𝐄𝐒𝐓 in the club's history, nearly 𝐃𝐎𝐔𝐁𝐋𝐈𝐍𝐆 in the past two years 💸
via Telegraph Ducker#ManchesterUnited pic.twitter.com/8FS36gc37u
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) December 26, 2024
Hutang tersebut membuatkan Ruben Amorim kini perlu menjual beberapa pemain daripada skuad sedia ada untuk membantunya dalam menaikkan jumlah wang yang dia boleh belanjakan untuk membeli pemain selepas ini.
Hal ini kerana Man United sedang berusaha untuk memperbaiki akaun FFP mereka.
Ruben Amorim sudah menyatakan dia mahukan pemain dia sendiri sekurang kurangnya 3 pemain. Nama Victor Osimhen antara gang menjadi sasaran utama Amorim di Old Trafford.