Manchester United perlu ‘pecah tabung’ membayar sekitar RM70 juta untuk mendapatkan khidmat jurulatih Sporting Lisbon, Ruben Amorim bagi menggantikan tempat Erik Ten Hag.
United sebelum ini dilapor bersetuju membayar klausa pelepasan sebanyak 8.3 juta pound (RM47.27 juta) dalam kontrak Amorim.
Baca Juga:
- Ruben Amorim Nyatakan Persetujuan Jadi Pengganti Klopp
- 5 Calon Berpotensi Jadi Pengurus Baharu Manchester United
- RASMI: Manchester United Pecat Erik Ten Hag
Namun, kelab gergasi Portugal itu mahukan wang tambahan sebanyak 4 juta pound (RM22.78 juta) untuk melepaskan tiga individu penting dalam barisan kejurulatihan Amorim.
Amorim mahu membawa penolong pengurus Sporting, Adelio Candido, penolong jurulatih Carlos Fernandes, dan jurulatih penjaga gol Jorge Vital bersamanya ke Old Trafford.
Menurut laporan Manchester Evening News, setakat ini kedua-dua pasukan belum mencapai persetujuan dan perpindahan Amorim ke Old Trafford belum disahkan susulan pendedahan pegawai United, Sir Dave Brailsford yang berkata ‘done’.
"Yeah, it's done."
– Sir Dave Brailsford on Ruben Amorim. 🇵🇹 #mufc pic.twitter.com/h15svLhI20
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) October 30, 2024
Laporan dari Portugal menyatakan Amorim akan terus mengendalikan tiga perlawanan Sporting menentang Estrela da Amadora (Jumaat), Manchester City (3 November) dan Braga (10 November) sebelum melengkapkan perpindahannya ke United semasa jendela perlawanan antarabangsa.
United berharap dapat menyelesaikan perpindahan itu sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris di laman sendiri menentang Chelsea pada Ahad ini.
Namun, sama ada Amorim berada di bangku simpanan atau tidak masih belum pasti, dan pengurus sementara Ruud Van Nistelrooy mungkin masih mengendalikan pasukan untuk perlawanan itu.
Sky Sports memetik sumber di Sporting yang mengatakan perpindahan Amorim ke Old Trafford adalah “perjanjian yang sudah dimuktamadkan”, tetapi kelab tetap berdiam diri.