Manchester United sasar kejuaraan EPL menurut Ruben Amorim. Pengurus itu menegaskan cita cita kelab itu sekali lagi selepas disingkirkan Fulham daripada aksi Piala FA.

Juara bertahan Manchester United, telah disingkirkan Fulham menerusi penentuan sepakan penalti. Ini selepas kedu dua pasukan terikat 1-1 untuk 120 minit aksi.

Fulham Singkirkan Manchester United Daripada Saingan Piala FA

Kini Ruben Amorim tegaskan bahawa Manchester United sasar kejuaraan EPL. Dan dia sedang mempersiapkan pasukannya ke arah itu.

Rooney tak yakin Amorim

Kenyataan Amorim bahawa Manchester United sasar kejuaraan EPL itu tidak begitu meyakinkan Wayne Rooney.

Wayne rooney

Di mana legenda Manchester United itu menganggap Ruben Amorim sebagai naif untuk memikirkan bahawa Man United boleh menjuarai EPL.

Dan Rooney malah meminta Amorim memikirkan perkara lebih  realisitik iaitu matlamat jangka pendek untuk menyelamatkan kariernya.

Manchester United sasar kejuaraan EPL

Tetapi Amorim bertindak balas dengan menyatakan bahawa cita cita dan matlamat kelab adalah sama dan tak berubah.

“Matlamat kami adalah untuk memenangi Liga Perdana Inggeris.

“Mungkin ia bukan dengan saya tetapi itu adalah matlamat kami, sebagai sebuah kelab, adalah untuk memenangi Liga Perdana Inggeris seperti yang kami lakukan pada masa lalu dengan semua kegemilangan dan legenda kelab ini.”

Manchester United sasar kejuaraan EPL
Kredit Foto: REUTERS/Phil Noble

Amorim kemudian membidas Rooney  yang menggelarkannya naif. Sambil mengingatkan Rooney bahawa bercakap sebagai pundit tak sama dengan melakukan kerja sebagai pengurus.

Sambil Amorim mengingatkan Rooney bahawa pada usianya 40 tahun dia sudah dilantik menjadi pengurus Manchester United, bukti bahawa dia bukan seorang yang naif.

Ruben Amorim
Soccer Football – Premier League – Tottenham Hotspur v Manchester United – Tottenham Hotspur Stadium, London, Britain – February 16, 2025 Manchester United manager Ruben Amorim talks to Diogo Dalot during a break in play Action Images via Reuters/Paul Childs

“Dan yang naif adalah apabila kamu memikirkan kami akan melakukannya [menjuarai EPL] musim ini atau menjadi pencabar terbaik musim depan.

“Saya tahu pada masa ini, semua orang tahu segala-galanya. Saya seorang pundit selepas saya menamatkan karier [bermain] saya. Saya tahu ia sangat mudah.

“Kami berada dalam saat yang sukar. Dan saya tidak naif, itulah sebabnya saya di sini, pada usia 40 tahun, membimbing Manchester United.”

Sebelum ini kelab sudah memberitahu bahawa Manchester United sasar kejuaraan EPL terutama sekali untuk musim 2027/28 kerana itu adalah tarikh ulangtahun ke-150 kelab itu.