Baru 6 perlawanan, Man United sudah kalah 3 kali pada musim ini dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Kali ini skuad Ruben Amorim kalah di tangan pasukan yang kebal  di gelanggang sendiri, Brentford.

Ianya adalah hari Mbeumo pulang  semula ke kelab lamanya. Dan dia diberikan ‘layanan’ keras oleh bekas rakan rakannya di Brentford.

Brentford di hadapan menerusi Igor Thiago pada minit ke-8,  selepas pemain itu menerima hantaran berkelas dunia, Jordan Henderson.

Henderson
Foto: ESPN

Tidak lama selepas itu, Thiago menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-20.

Manchester United bagaimanapun memberikan respon positif minit ke-26, apabila Benjamin Sesko mencetak gol sulungnya bersama Red Devils untuk merapatkan jurang gol.

Pada separuh masa kedua, Man United berpeluang menyamakan kedudukan selepas pengadil memberikan penalti kepada mereka – kerana Mbeumo dikasari.

Malangnya Bruno Fernandes gagal menyempurnakan penalti tersebut yang diselamatkan Kelleher.

Ianya memberikan semangat baharu buat Brentford yang terus memburu gol ketiga. Akhirnya, Brentford menjaringkan gol yang mematikan sisa sisa perjuangan United – menerusi gol Mathias Jensen, masa kecederaan minit ke-90+5.

Tamat perlawanan, Brentford 3 Man United 1. Ini kekalahan ke-17,  Ruben Amorim setakat ini dalam EPL daripada 33 perlawanan pertamanya.