Manchester United akan diuji oleh pasukan yang dibarisi oleh Asean All Stars dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Menurut laporan NST, bekas juara Liga Perdana Inggeris itu akan turun beraksi pada 28 Mei dan Stadium Nasional Bukit Jalil dipilih sebagai venue perlawanan.
Baca Juga:
- ‘Big Money’ – Ini Jumlah Wang Diraih Manchester United Dalam Kunjungan Ke Malaysia
- Presiden LaLiga Dedah Skandal Baharu Libatkan Manchester City
- Ini Yang Ten Hag Rindukan Tentang Manchester United
Lawatan Manchester United Ke Asia

“Perlawanan itu adalah sebahagian daripada lawatan mereka ke luar negara ke Malaysia dan Hong Kong. United akan terbang ke KL terlebih dahulu selepas perlawanan terakhir Liga Perdana menentang Aston Villa pada 25 Mei,” menurut laporan NST.
“Bekas pemenang Liga Juara-Juara itu mempunyai pangkalan peminat yang besar di Asia Tenggara, dan bermain menentang pasukan Asean All Stars akan menarik peminat dari seluruh rantau ini. Ia akan menjadi satu layanan hebat untuk pencinta bola sepak.”
Kali terakhir United beraksi di Malaysia semasa jelajah pramusim 2009, menentang skuad Harimau Malaya dua kali di Stadium Nasional Bukit Jalil. Mereka menang 3-2 pada 18 Julai dan 2-0 pada 20 Julai.
Bekas penyerang kebangsaan Amri Yahyah mencuri tumpuan pada perlawanan pertama, menjaringkan dua gol menentang pasukan United yang dibarisi ramai pemain bintang seperti Wayne Rooney, Michael Owen dan Edwin van der Sar.

Daily Mail melaporkan lawatan tersebut bakal memberikan United sebanyak £7.96 Juta, angka besar yang akan membantu meringankan beban kewangan kelab yang ketika ini sedang menjalankan langkah penjimatan.
Minggu lalu, United mengesahkan pusingan kedua pemberhentian pekerja yang akan menyebabkan sehingga 200 kakitangan kehilangan pekerjaan.
Walaupun membawa hasil yang besar daripada pendapatan komersial, hari perlawanan dan penyiaran, United telah kehilangan lebih daripada £300 juta dalam tempoh lima tahun yang lalu.
Sebelum ini, pengurus pasukan iaitu Ruben Amorim menegaskan pasukan utama memikul tanggungjawab berat untuk meningkatkan pendapatan sekaligus dilihat sebagai “enjin” kelab.