Mangsa banjir yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Tumpat, Kelantan mendakwa barang bantuan yang diberikan oleh Khairul Aming telah dicatu oleh tok penghulu.
Tular satu video di laman media sosial TikTok yang menunjukkan sekumpulan individu membuka dan membungkus semula barangan bantuan yang diberikan ke dalam plastik berasingan.
Baca Juga:
- ‘Berkulat Dan Dicemari Kencing Tikus’ – KA Kecewa Terima Sumbangan Pakaian Macam ‘Sampah’ Untuk Mangsa Banjir
- Mydin Bagi Khairul Aming Ambil Barang Dulu, Boleh Bayar Lepas Banjir
- Lelaki Ini Sanggup Redah Banjir Demi Pastikan Kucing Tersayang Cukup Makan
@user34417455075593 MEMANG TERUK KENA DUDUK PPS SK TUMPAT 1, BANYAK BARANG YANG SAMPAI TAPI YANG DIBAGI HANYA SEDIKIT SHJ. MEMANG TERUK KETUA KAMPUNG SINI (TOK NGULU LIE). SY TAK NAFIKAN MUSIM SEKARANG MEMANG TAK CUKUP BEKALAN MAKANAN TAPI BARANG2 MEMANG BANYAK SAMPAI TAPI YANG DIBAHAGI HANYA SEDIKIT SHJ. DIORANG SANGGUP ASINGKAN BARANG2 YANG SEPERTI DALAM VIDEO. PENGALAMAN SY SEBELUM INI DEKAT PPS BANJIR JIKALAU ADA BARANG YANG SAMPAI, LEPASTU PERLU DIAGIHKAN KAD PPS HARUS DITANDA BAHAWA BARANG TERSEBUT DAH DAPAT TETAPI DISINI KAD DITANDA TETAPI BARANG TAK DAPAT. SAYA DAH BERTANYA KEPADA TOK NGULU LIE TAPI DIA BERITAHU BANTUAN DARI KHAIRUL AMING NIE BAWAHAN DIA JADI SESUKA HATI DIA NAK BUAT MACAM MANA. #PPSSKTUMPAT1 #fyp #fypシ゚ #foryoupage #banjir2024 @Khairulaming
Mangsa banjir mendakwa hanya menerima biskut tawar dan mee segera, manakala barangan lain disimpan oleh pihak tertentu.
Di ruangan komen, orang ramai yang terjejas dengan banjir turut berkongsi pengalaman serupa di PPS masing-masing. Ramai mangsa mendakwa mereka tidak menerima bantuan kerana perlu melalui proses ‘tapisan’.
Ketika ramai yang mengecam pihak yang membuat tapisan, ada juga yang mempertahankan tindakan tok penghulu dimana mereka percaya beliau melakukan hal tersebut kerana mahu mengagihkan barang bantuan dengan sama rata kepada semua mangsa yang berada di PPS.
Khairul Aming merupakan antara pemberi bantuan terawal yang turun ke pandang dan membelanjakan wang besar dalam memastikan semua yang terjejas bakal menerima barangan keperluan yang secukupnya.
Pemilik Mydin, Datuk Amer Ali Mydin turut mahu berganding bahu bersama pempengaruh berkelahiran di Kelantan itu dalam meringankan beban mangsa yang terjejas.
Menerusi hantaran video di TikTok, tindakan Datuk Ameer memudahkan urusan pembelian barangan keperluan untuk KA dengan memberi pelepasan pembayaran selepas insiden banjir ini meraih pujian ramai.
Terima kasih Mydin memudahkan urusan bantuan KA & team. 🫶🏻🥺 pic.twitter.com/QAR6ctenIs
— 🇲🇾 (@localrkyt) December 1, 2024
“Awak boleh ambil barang seberapa banyak awak nak, tak perlu hantar orang atau kad kredit, 20,000, 50,000 atau 100,000, nanti selepas banjir awak bayarlah,” jelasnya sewaktu membuat panggilan video bersama KA.