Mark Adam belum sedia tukar kewarganegaraan dan selesa dengan status PR atau penduduk tetap yang dia dapat di Malaysia.

Mark Ada bukan nama asing di Malaysia. Dia sudah lama menempa nama di persada arena seni tanah air. Kariernya terus berkembang dan kini dia juga seorang usahawan.

Mark Adam terbuka berkongsi pandangannya tentang status kerakyatannya. Dia masih sayangkan kerakyatan Filipina miliknya, menurut artis kelahiran Cebu itu.

Jadi Mark Adam belum sedia tukar kewarganegaraan miliknya buat masa ini walaupun dia boleh memohon untuk berbuat demikian.

Alasan Mark Adam belum sedia tukar kewarganegaraan

Menurut Mark Adam, kelebihan dia memiliki PR adalah, dia boleh  tinggal selama mana dia mahu di Malaysia. Dan pada masa yang sama boleh menetap seperti biasa di Filipina tanpa sebarang syarat.

Mark Adam sudah 24 tahun bermastautin di Malaysia. Dia berkahwin dengan wanita tempatan di sini. Dia mendapat status PR selepas 5 tahun berkahwin dengan isterinya Nor Azah.

mark adam
FOTO: IG Mark Adam

Dipetik dari sumber mStar, Mark Adam berkata: “Saya boleh menukar kewarganegaraan menjadi warganegara Malaysia.

“Sekarang saya pemegang kad pengenalan PR Malaysia. Apa yang bagus, saya boleh duduh di Filipina selama lamanya kalau saya mahu.”

Mark Adam tidak mahu mengambil risiko mengorbankan kerakyatan Filipina miliknya kerana dia tidak tahu apa yang bakal berlaku di kemudian hari.

mark adam

Itulah sebab Mark Adam belum sedia tukar kewarganegaraan milikknya pada masa ini.

Jika dia melepaskan kewarganegaraan Filipina miliknya, dia selepas ini hanya boleh tinggal sebulan di negara untuk setiap lawatannya.

Mark Adam menjelaskan: “Jika saya tukar jadi warganegara Malaysia, saya hanya boleh balik dan tinggal di Filipina sebulan sahaja, dan perlu keluar daripada negara itu selepas itu,” tegas penyanyi, komposer dan pelakon itu.