Mark Adam mendedahkan ada pihak yang membuat aduan kepada pihak berkuasa tentang harga sate bhalut yang dia jual, kerana dituduh harga terlalu mahal.

Sehinggakan ada pihak berkuasa yang datang menjalankan pemeriksaan harga ke atas premisnya.

Beberapa hari lalu, Mark Adam tampil menjawab kecaman daripada netizen tentang harga sate bhalut yang dia jual. Dia sempat membuat pecahan kos dan menerangkan kepada orang ramai tentang ‘capital’ yang dia tanggung.

Mark Adam menyatakan bahawa dia sudah menjelaskan tentang penetapan harga produk yang dia jual. Di mana mereka menggunakan produk premium dan berkualiti.

Namun dia kecewa masih lagi ramai yang belum faham. Mark Adam juga mengingatkan netizen bahawa dia menjual makanan di Festival Makanan, bukannya berniaga di tepi jalan.

Dia berkata mepada mStar: “Saya sudah menjelaskan bahawa barang barang digunakan adalah berkualiti premium, daging dari New Zealand, ayam bahagian peha, oleh sebab itu saya tidak risau lagi.

“Lagipun saya berniaga di festival makanan, bukannya di tepi jalan. Kalu di tepi jalan, saya boleh kurangkan lagi harga,” tambah penyanyi dan komposer itu lagi.

Dia juga meminta orang ramai melihat sendiri cara staf dia mengendalikan makanan dengan sangat bersih.

Mark Adam juga menambah bahawa dia masih belajar dalam dunia perniagaan makanan.

Mark Adam akui dia membaca komen kecaman di media sosial. Namun pada masa yang sama dia mahu semua pihak faham keadaan sebenar dihadapi oleh seorang peniaga.

Mark Adam bagaimanapun bersyukur kerana semakin ramai yang memberikan reviu positif ke atas produk mereka. Dan berkata, kritikan dan kecaman tidak akan mematahkan semangat dia dan pasukannya untuk meneruskan perniagaan mereka.