Masalah kewangan pasukan Kedah Darul Aman semakin parah apabila pasukan itu hanya mampu bertahan selama dua bulan ekoran kesukaran mencari penaja utama musim ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh pemilik kelab iaitu Tan Sri Mohd Daud Bakar dimana pada masa sama beliau memohon pertolongan dari semua pihak untuk membantu meringankan beban pasukan.

Baca Juga:

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Kedah tewas kepada Selangor di Stadium MBPJ menerusi jaringan tunggal Alif Haiqal pada separuh masa kedua.

“Saya rasa keseorangan melihat kepada jentera Selangor yang mempunyai jentera yang cukup hebat untuk memberikan sokongan kepada pasukan.

“Untuk Kedah, saya rasa kami perlukan sokongan dari semua pihak untuk menjayakan misi untuk menjadikan kelab ini sebagai pasukan yang kuat.

“Tidak cukup kalau saya seorang. Kami perlukan sokongan dari syarikat swasta, GLC, kerajaan negeri dan semua pihak yang mempunyai hati untuk bola sepak Malaysia.

“Masih belum terlambat untuk mana-mana pihak membantu kami,” kata Tan Sri Daud menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

Sebelum ini, Kedah terpaksa menagguhkan pelancaran jersi baharu musim ini selepas berdepan kesukaran bagi mencari penaja utama pasukan.

“Di peringkat awal pada bulan Februari, KDA FC telah secara lisan menerima tawaran tajaan sebagai penaja utama kelab, namun langit tidak selalu cerah, berlaku insiden yang tidak diduga menyebabkan syarikat tersebut menghadapi masalah besar sehingga perniagaan syarikat tersebut merosot yang menyebabkan pihak kelab terpaksa menolak tawaran tajaan di saat akhir.

“Oleh sebab itu, proses pencarian penaja utama diteruskan yang mana ketika ini masih terbuka kepada mana-mana syarikat berminat. KDA FC juga telah berbincang dengan Penaja Bersama KDA FC, AL Sports Sdn. Bhd. (ALX, Penaja Kit Rasmi), berkenaan jersi perlawanan Liga Super musim 2024/25 tanpa slot penaja utama dan keputusan yang dicapai adalah seperti berikut:

a. AL Sports Sdn. Bhd. tidak akan mengeluarkan kit jersi perlawanan Liga Super KDA FC musim 2024/25 sehingga penaja utama kelab disahkan, ini berdasarkan muafakat bersama antara KDA FC & AL Sports Sdn. Bhd. dengan mengambil kira kos efektif dan pemasaran AL Sports Sdn. Bhd. dalam situasi menang-menang;

b. Untuk perlawanan bulan Mei, KDA FC akan memakai kit jersi Pra-Musim 2024/25 buat sementara bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 perlawanan pertama Liga Super.

c. Slot penaja utama masih terbuka dengan pihak pengurusan kelab sedang giat menarik bakal penaja baharu sehingga satu tempoh yang ditetapkan.

Di ruangan komen, Kedah menyatakan mereka memerlukan dana sebanyak RM8 hingga RM10 Juta kepada mana-mana penaja yang berminat untuk bersama pasukan musim ini.