Pasukan Selangor bakal menyertai kejohanan pra musim empat penjuru yang bakal diadakan di negara jiran iaitu Indonesia dalam masa terdekat.

Kejohanan itu diberi nama RCTI Premium Sports yang mana diadakan oleh salah sebuah stesen televisyen terkenal di negara itu iaitu RCTI.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain Selangor, tiga lagi pasukan yang bakal mengambil bahagian ialah Persija Jakarta, PSIS Semarang dan satu kelab dari Vietnam iaitu Hanoi FC.

Baru-baru ini, skuad bimbingan Nidzam Jamil itu muncul juara kejohanan Kusel Selangor Asia Challenge 2024 selepas muncul selaku pasukan nombor satu dari empat pasukan bertanding.

Pada perlawanan pertama, skuad Gergasi Merah menewaskan kelab dari Brunei iaitu DPMM FC dengan keputusan 4-0 hasil jaringan dari Noor Al-Rawabdeh dan pemain sayap baharu pasukan iaitu Alvin Fortes.

Pada perlawanan kedua, naib juara Liga Super musim lalu itu menewaskan kelab dari Laos iaitu Young Elephants juga dengan keputusan 4-0 hasil jaringan dari Fortes, Safuwan Baharudin, Faisal Halim dan Syahir Bashah.

Bagi musim 2024/25, Selangor bukan sahaja bakal beraksi dalam saingan Liga Malaysia tetapi mereka juga bakal beraksi di pentas Asia iaitu AFC Champions League (ACL) 2 yang dijadualkan bermula pada Ogos ini.

Bagi memperkuatkan pasukan, skuad itu membawa beberapa pemain baharu selain Fortes iaitu Ronnie Fernandez, Umar Eshmurodov, Azim Al-Amin dan Nooa Laine.

Kelab yang berpangkalan di Lembab Klang itu akan memulakan saingan musim ini dengan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Sumbangsih pada 10 Mei ini.