Bersempena dengan percutian beliau ke Hatyai sekitar tahun 2023 Julai lalu, Khairul Aming telah memuat naik 9 makanan yang dicuba di Hatyai di mana salah satu daripadanya adalah Kaitod Meena yang menyajikan hidangan nasi khao mok Thai.
Berjaya mendapat perhatian Khairul Aming serta dipuji keenakannya membuat gerai di Hatyai ini telah mendapat durian runtuh di mana gerai ini secara terus menerus telah menerima pelanggan dari Malaysia yang mahu mencubanya.
Terkini, seorang warga tempatan bernama Zahid Hamid telah pergi mengunjungi ke kedai popular itu dan berjaya bertemu pemiliknya.
Apa yang menariknya, dia sempat merakam ucapan penghargaan buat figura KA serta meluahkan rasa rindu setelah sekian lama tidak bertandang.
“Terima kasih banyak-banyak adik Khairul Aming, Allah rindu-rindu adik Khairul Aming,” titip pesanan.
Dalam masa sama, dia juga menjemput KA untuk datang kembali kerana melepaskan kerinduan. Boleh lihat betapa besar impaknya pengaruh Khairul Aming sehingga tempat jualan wanita itu kekal menjadi pilihan pelancong Muslim sampai ke hari ini.
“Akak ni ucap terima kasih sangat pernah viralkan kedai dia 3 tahun lepas sampai sekarang ramai rakyat Malaysia datang kedai ini. Akak ni gembira sangat rindu nak jumpa Khairul Aming lagi,” ujar Zaid.

Selain itu, dari salah satu respon hantaran itu telah meraih perhatian netizen apabila seorang warga Singapura turut mendakwa disebabkan video KA telah membuatkan mereka mencari kedai nasi khao mok itu sewaktu mengunungi Hatyai.
Malahan, rata-rata netizen yang pernah berkunjung ke kedai makan itu turut sebulat suara menyatakan telah menerima layanan yang bagus dan masakan nasi khao mok mereka juga memang sedap.