Pelawak dan usahawan terkenal Shuib ternyata kecewa dengan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh dia terlibat dalam aktiviti haram seperti cuci duit.

Dia menyatakan bahawa dia masih tahu halal dan haram, jadi mustahil untuk dia meraih wang daripada sumber yang ‘bukan bukan’ menurutnya.

Baca Juga:

Bercakap kepada Mstar Online, Shuib berkata: “Orang selalu bercerita tentang saya dari segi duit ni, ada ada sahaja ceritanya.”

“Mungkin mereka tak tahu. Saya seorang yang bekerja siang dan malam. Saya jadi duta untuk enam produk sekarang ini. Jadi, dari situlah pendapatan saya.”

“Saya juga ada sedikit simpanan. Insyallah, mak saya beritahu saya agar jangan makan duit haram. Jangan buat kerja haram. Insyallah, saya jaga, saya tahu sumber duit saya datang daripada mana.”

“Oleh sebab saya nak bagi makan anak bini, takkanlah duit saya daripada sumber yang bukan bukan.”

Bagi mereka yang suka membuat andaian yang tidak berasas, Shuib menjemput pihak tersebut datang sendiri berjumpa dengannya daripada menuduhnya membuat perkara seperti cuci duit haram.

Dia sedia untuk menjelaskan tentang bagaimana dia boleh meraih pendapatan. Sambil menasihati netizen tidak sewenang wenang membuat komen melulu.

“Jika awak nak tahu dan nak mengkaji tentang kewangan saya, jumpa saya depan depan, itu lebih elok,” tambah beliau lagi.

Baru baru ini, Shuib menyatakan bahawa dia mengundur diri daripada Suria FM untuk memberikan tumpuan kepada perniagaannya.

Shuib Umum Tarik Diri Dari Suria FM, Mahu Beri Fokus Terhadap Perniagaan