Siri peperangan di antara Palestin dan Israel tercetus Sabtu lalu dengan ‘mangsa’ serangan terbaharu adalah masjid rakyat Malaysia iaitu Masjid Muhammad Al-Amin di Gaza hancur dibedil oleh kekejaman Israel. Masjid ini difahamkan dibina oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care Malaysia pada 2013.

Menurut laporan Sinar Harian, masjid yang dibina untuk kegunaan masyarakat Palestin di sekitar Gaza musnah sepenuhnya dan tidak lagi dapat dimanfaatkan oleh umat Islam di sana. MCM meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila masjid yang hasil sumbangan rakyat Malaysia ini hancur disebabkan “serangan bom oleh Zionis Israel.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Penghujung 2013, kami mencipta sejarah apabila berjaya membina sebuah masjid luas dan cantik, malangnya semua hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia, hari ini, 7 Oktober 2023, Masjid Muhammad Al Amin musnah keseluruhannya,” tulis MCM menerusi hantaran di Facebook pada Ahad (8 Okt).

Pada Sabtu (7 Okt), Hamas melancarkan Operasi Al-Aqsa disertai rakyat Palestin sebagai mesej mempertahankan diri dan menjaga kedaulatan tanah air, selain membalas penindasan serta keganasan yang dilakukan rejim Zionis sejak hampir satu abad.

Pegawai Perhubungan Antarabangsa Hamas, Khaled Qadoumi berkata, rakyat Palestin ketika ini berdepan penindasan oleh pentadbiran Israel sayap kanan (ekstrem) yang dipercayai melanggar pelbagai undang-undang antarabangsa, seperti dipetik laporan Sinar Harian.

Sumber