Bulan puasa sudah menjelma, mesti ramai mahu cari duit lebih tetapi kena tahu cara supaya tak mudah ditipu. Ada yang dah mula ambil pesanan kuih raya, ada yang buat live TikTok jual baju dan banyak lagi.

Tetapi ada seorang jejaka ini, memang rare cara dia buat side income. Dia siap keluar masuk hutan semata-mata mahu belajar ilmu ini demi mendapatkan duit lebih. Apa agaknya ilmu yang dia belajar dengan tok guru ini? Apa pula kaitan ilmu keluar masuk hutan dengan dapat duit lebih?

Baca Juga:

Kalau nak tahu jawapannya, anda kena tonton video di bawah ni:-

Seronok betul kalau memang boleh dapat ilmu macam tu kan? Semua kerja jadi mudah dan cepat. Tetapi yang lagi seronok kalau dapat cari semua barang untuk berniaga di dalam satu tempat.

Pusat Borong GM Klang Menawarkan Servis Untuk Berniaga

Pada mereka yang baru nak berjinak-jinak berniaga terutamanya pada bulan Ramadan ini, memang sangat sesuai pergi ke GM Klang kerana mereka menawarkan servis Business Matching. Untuk menggunakan servis ini, anda kena muat turun aplikasi GM Klang terlebih dahulu. Bila dah ada aplikasi ini barulah semua kerja jadi mudah!

Dalam aplikasi ini, anda boleh booking waktu bertemu dengan seller dan juga boleh booking studio untuk buat photoshoot produk yang hendak dijual. Tapi untuk photoshoot di studio, produk yang digunakan haruslah produk yang dibeli di GM Klang.

Ada lagi satu benda paling penting untuk anda yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia jual beli ni, ada satu fungsi dalam apps yang dipanggil Business Matching. Fungsi ini anda boleh guna bila nak jumpa seller. Ikut langkah ni:-

1) Klik Business tab pada bar bahagian bawah aplikasi

2) Pada bahagian Business Matching, klik Schedule a Visit

4) Isikan maklumat pada bahagian Schedule a Visit – Tarikh, Masa dan Kategori produk

5) Tekan butang Submit

6) Selepas hantar, anda tunggu pihak GM Klang hubungi anda untuk sahkan masa melawat sama ada boleh datang waktu yang dipilih atau tidak.

7) Hadirkan diri pada tarikh & masa yang dah ditetapkan. Sekiranya appoinment yang dibuat pada hari bekerja, akan ada wakil GM Klang yang akan membantu menemani anda.

Lepas ini makin ramailah yang akan mulakan business jual beli terutama pada bulan Ramadan. Klik di sini untuk muat turun aplikasi GM Klang di iPhone atau di sini untuk peranti Android. Selamat berniaga!