Pada bulan lalu, negara kita dikejutkan dengan berita yang mendakwa cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan dialihkan dari Singapura ke Malaysia.
Hal ini kerana timbul pula isu apabila ramai mempersoalkan bagaimana negara China masih boleh mendapatkan akses kepada cip kad grafik AI NVIDIA meskipun telah disekat oleh Amerika Syarikat.

Jadi, ada desas-desus yang mendakwa negara Malaysia dan Singapura menjadi laluan utama penyeludupan cip NVIDIA ke China.
Inilah individu yang bertanggungjawab
Setelah sekian lama menjadi tanda tanya, akhirnya dalang disebalik penyeludupan kad grafik ke China itu sudah diketahui dan individu yang menjadi suspek utama di dalam ini adalah rakyat naturalisasi Singapura yang berasal dari China bernama Alan Wei Zhaolun.
Alan dilaporkan memegang jawatan di 15 syarikat di seluruh Asia, termasuk Aperia Cloud Services dan A-Speed Infotech Pte, yang menjalankan operasi dalam bidang perkomputeran dari Singapura.
Sedikit maklumat umum, Aperia Cloud Services, khususnya, merupakan rakan dagang utama NVIDIA di Asia Tenggara dan memiliki pejabat di Singapura serta Malaysia
Perlu ditekankan bahawa Aperia Cloud Services merupakan salah satu rakan perdagangan yang utama bagi NVIDIA di rantau Asia Tenggara, dengan operasi yang merangkumi pejabat di Singapura dan juga Malaysia.
Memetik laman Amanz, Aperia Cloud Services dilaporkan membeli mesin pelayan yang dikeluarkan oleh syarikat seperti Super Micro dan Dell, dengan penghantaran dilakukan dari Amerika Syarikat ke Malaysia melalui Singapura.
Namun, laluan penghantaran kad grafik dari Malaysia ke China masih dalam siasatan.
Seorang lagi suspek dikenalpasti
Mahkamah Singapura turut mendakwa seorang lagi individu, Aaron Woon Guo Jie, rakyat Singapura yang juga Ketua Pegawai Operasi Aperia Cloud, atas pelanggaran peraturan perdagangan Amerika Syarikat.
Peraturan tersebut melarang penyerahan mesin pelayan yang dibeli dan dihantar kepada pihak yang tidak termasuk dalam perjanjian pembelian.
Buat masa ini, Alan Wei dan Aaron Woon telah dibebaskan dengan jaminan, dengan tarikh perbicaraan berikutnya ditetapkan pada 2 Mei 2025.