Ditangkap dan ditahan kerana disyaki mencuri motosikal tetapi berakhir di wad hospital. Itulah yang berlaku kepada suspek kes curi motosikal di di kawasan parkir Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Sabtu lalu.

Ia susulan suspek berkenaan dikesan mempunyai kontak rapat dengan salah seorang individu di bawah pengawasan (PUS) yang kini sedang menjalani kuarantin di blok Program Perumahan Rakyat Kerinchi.

Bukan sahaja mempunyai kontak rapat dengan individu berkenaan, malah suspek menurut Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi juga mencatatkan suhu badan 38.5 darjah Celcius lapor Astro Awani.

Terdahulu, suspek berusia 19 tahun itu difahamkan ketika sedang melakukan cubaan mencuri motosikal milik polis bantuan di pusat perubatan itu sekitar jam 4 petang pada Sabtu lalu.

Suspek yang bersama seorang lagi rakannya itu difahamkan ditangkap sendiri oleh mangsa yang bekerja sebagai polis bantuan itu ketika beliau sedang menuju ke motosikal miliknya selepas tamat waktu bekerja.

Bagaimanapun, selepas penahannya oleh pihak polis, suspek kini telah ditahan di hospital dan juga belum disoal-siasat selepas didapati menjadi kontak rapat kepada salah seorang individu yang kini memakai gelang pink.

“Suspek belum dapat disoal siasat namun polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Dia juga difahamkan sedang menunggu keputusan ujian saringan COVID-19 manakala rakannya pula dibawa ke kecemasan dan sedang dirawat susulan berlaku pergelutan bersama mangsa.

Baca juga perkongsian kami mengenai perkembangan semasa COVID-19 dalam negara melalui pautan di bawah. 

‘Bila Ambulans Datang Manusia Jadi Kalut’- Pemuda Ini Kongsi Pengalaman Positif COVID-19

Saintis Dakwa Kumpulan Darah O Lebih Selamat, Kurang Risiko Dijangkiti COVID-19

Pakar Jangka Kes Harian COVID-19 Di Selangor Perlukan 4-6 Minggu Untuk Turun

Sumber