Pergi ke sesuatu tempat dengan berjalan kaki di luar negara, lebih-lebih lagi negara bersuhu rendah adalah perkara biasa. Bagaimanapun ia satu perkara agak asing di Malaysia.

Baru-baru ini seorang mat saleh memuat naik satu hantaran X.com memuji Kuala Lumpur sebagai satu bandar mesra pejalan kaki.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurutnya dia tidak perlu menggunakan tren atau teksi untuk ke sesuatu tempat. Cukup dengan berjalan kaki di kawasan taman dan terowong pejalan kaki yang bersambung antara satu sama lain.

“Inilah sebabnya saya sangat sukakan Kuala Lumpur. Ia boleh mesra pejalan kaki.

“Banyak taman, terowong pejalan kaki berhawa dingin, terpisah dari lalu lintas.

“Semuanya disambungkan dan anda tidak perlu menaiki tren/teksi.

“Tidak boleh dapat macam ini di Bangkok,” terang Danny Postma.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai yang agak terkejut dengan pujian yang dikongsikan itu.

Netizen agak pelik bagaimana Kuala Lumpur boleh menjadi bandar mesra pejalan kaki, sedangkan masih banyak kawasan sedang dibangunkan dan berbahaya.

Pada masa sama, untuk ke satu kawasan ke kawasan lain sebenarnya lebih mudah dengan menaiki kenderaan atau ‘mesra kenderaan’.

Orang ramai menyatakan oleh kerana Danny berjalan di sekitar kawasan tarikan pelancong, oleh sebab itulah dia boleh berasa sedemikian.

Pun begitu, terdapat warganet yang menyokong pendapat mat saleh tersebut. Namun bagi mereka bukan semua kawasan Kuala Lumpur sesuai untuk pejalan kaki, hanya sesetengah tempat sahaja.

Dalam pada itu, Danny turut memuji Kuala Lumpur kaya dengan pelbagai jenis makanan.

“Budaya makanan di sini sangat meriah. Bertambah beberapa kilo setiap kali saya melawat,” ujar Danny.