Makanan sering menjadi medan netizen Indonesia dan Malaysia berperang. Kebanyakkan disebabkan sebahagian makanan dari dua negara ini hampir mempunyai persamaan.

Tetapi bagaimana jika ditengah-tengah perang tersebut, ada pula orang luar yang tiba-tiba mahu masuk menjadi batu api?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, seorang pemengaruh media sosial dengan nama Laurence Benson tampil membuat permohonan maaf selepas beliau menuduh rakyat Malaysia telah cuba ‘claim’ atau menuntut salah satu makanan dari Jawa Barat, Indonesia.

Sebelum ini, di dalam video yang sudah dipadam, Benson bersama seorang lagi rakannya membuat ulasan makanan Indonesia iaitu Cilok, resepi khas suku Sunda yang dibuat daripada tepung kanji yang kenyal dengan tambahan bumbu pelengkap seperti kuah kacang, kicap, dan sos.

TikTok – Laurence Benson

Apa yang menjadi masalah di sebalik video tersebut adalah beliau menuduh rakyat Malaysia telah menuntut bahawa makanan Cilok itu berasal dari Malaysia, padahal kebanyakan rakyat Malaysia tidak pernah mendengar makanan bernama Cilok atau tidak pernah tahu bahawa makanan ini wujud.

Tindakan Benson ini bukan sahaja menangguk di air yang keruh, tetapi juga seolah-oleh sengaja untuk mencetuskan perbalahan di antara dua negara.

Selepas ditegur oleh beberapa orang pemengaruh media sosial lain di TikTok, Benson akhirnya akur bahawa beliau telah melakukan kesilapan dan mengaku bahawa dakwaan beliau itu hadir selepas membuat beberapa kajian.

TikTok – Laurence Benson

Selain itu beliau juga mendakwa bahawa kajian beliau hadir selepas menonton video di mana Cilok dijual di beberapa kawasan di Malaysia – mungkin Benson tidak tahu bahawa penjual itu adalah orang Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Melalui video terbaharu yang dimuat naik olehnya, Benson memohon maaf kepada rakyat Malaysia diatas kekhilafan beliau yang menuduh bahawa rakyat Malaysia cuba untuk menuntut makanan Indonesia.

“Saya suka Malaysia, saya suka orang Malaysia dan saya suka makanannya. Saya kurang teliti membuat video tersebut dan saya minta maaf,” katanya pendek di dalam video berdurasi hampir 1 minit dan mendapat tontonan lebih 1 juta.

Sumber