Frontman untuk kumpulan rock pop Inggeris The 1975, Matt Healy seolah seperi tidak boleh move on apabila masih bercakap mengenai kejadian pada Festival Good Vibes (GVF) Julai lalu dengan menggelar pihak berkuasa “taksub” kerana memendekkan konsert kumpulan itu.
Healy mencetuskan kontroversi selepas mencium secara terbuka rakan kumpulannya Ross MacDonald di GVF, sehingga menyebabkan Malaysia melarang kumpulan British itu daripada membuat persembahan di negara itu dan membatalkan baki dua hari festival muzik itu.
Baca Juga:
- Penganjur Good Vibes Tuntut The 1975 Bayar Ganti Rugi Sebanyak RM12.3 Juta
- Penyanyi The 1975 Sengaja Persenda Insiden Kontroversi Di Malaysia Semasa Konsert Lollapalooza 2023
- Netizen Pertikai PDRM Lambat Tangkap The 1975, Ini Penjelasan Datuk Seri Ayob Khan
Pada hari Selasa, Healy sekali lagi mempertahankan perangainya sebagai “sesuatu yang berkesinambungan dalam persembahan pentas 1975” dan bukan “lakonan semata-mata”.
Kali ini, dia juga mendakwa bahawa pihak berkuasa Malaysia “memenjarakan sebentar” ahli kumpulan itu selepas kejadian bercium tersebut.
Susulan kejadian itu, The 1975 menerima kritikan daripada peminat Malaysia dan orang awam dengan laporan polis dibuat terhadap kumpulan itu.
Pada 25 Julai, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu wartawan bahawa polis tidak boleh mengambil tindakan terhadap kumpulan muzik Britain itu kerana mereka telah meninggalkan Malaysia dalam tempoh enam jam selepas konsert mereka dihentikan.
Pada Ogos, penganjur GVF Future Sound Asia juga memfailkan saman terhadap The 1975, menuntut ganti rugi RM12.3 juta dalam tempoh tujuh hari.