Hasrat penyanyi utama The 1975, Matty Healy untuk membeli sebuah rumah flat yang mengadu mengenai bunyi bising yang datang dari Night & Day Cafe di Machester namun usahanya terbantut disebabkan saman RM12 juta daripada pihak penganjur Good Vibes.

Cubaan beliau untuk membeli rumah tersebut adalah untuk membantu kafe tersebut yang menerima pelbagai aduan mengenai bunyi bising.

Baca Juga:

Healy sebelum ini menyatakan sokongan terhadao Night & Day Cafe ditengah-tengah masa depan kafe tersebut yang kini terancam.

Dalam siaran Instagram dari November 2022, beliau menentang sekeras-kerasnya tindakan pihak berkuasa dengan mengisytiharkan, “Ini TIDAK BOLEH berlaku.”

Healy didakwa telah menghubungi Alex – individu yang mengadu mengenai bunyi bising – melalui e-mel pada Julai 2023, menyatakan minat untuk membeli rumah tersebut.

Alex menyifatkan Healy sebagai “menawan dan sangat berminat,” menekankan fokus penyanyi itu untuk mencari penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Healy juga dilaporkan telah melawat rumah tersebut dan memuji seni bina dan reka bentuk flat tersebut.

Selepas lawatan tersebut, Healy mengesahkan hasratnya untuk membeli rumah itu melalui surat-menyurat bertulis dan memulakan tinjauan mengenai keadaan flat itu.

Healy mencadangkan tawaran tunai sebanyak £275,000 untuk flat itu, melebihi harga pembelian asalnya bernilai £55,000.

Walaupun terdapat keperluan kewangan dan tekanan kepada kesihatan mental disebabkan oleh isu bunyi bising tersebut, Alex masih teragak-agak untuk menerima tawaran itu.

Dia menyatakan keengganan untuk berpindah keluar rumah tersebut sambil menekankan kepentingan kediaman tersebut kepadanya.

Bagaimanapun, NME melaporkan bahawa rancangan Healy untuk membeli rumah itu dihalang oleh keadaan yang tidak dijangka.

Berikutan insiden kontroversi The 1975 di Festival Good Vibes di Malaysia, di mana Healy mengkritik undang-undang anti-LGBTQ+ dan membuat aksi menjijikan dengan pemain bass Ross MacDonald, kumpulan itu telah menghadapi tuntutan mahkamah sebanyak RM12 juta.

Kesannya, Healy telah menerima nasihat untuk tidak membeli sebarang harta sebelum kes ini selesai dan niatnya untuk memperoleh rumah tersebut tersekat.

Sumber