Ketika ini, Time dan unifi sedia menawarkan pelan internet berkelajuan 1Gbps dengan harga yang cukup kompetitif. Kehadiran data bersaiz besar pada masa kini memerlukan internet yang berkelajuan tinggi.
Seiring dengan permintaan semasa, Maxis kini dilihat turut menambah pakej internet baharu mereka dengan kelajuan sehingga 1Gbps. Walaubagaimanapun, pakej Maxis ini ditawarkan untuk pengguna perusahaan atau bisnes sahaja buat ketika ini.
Baca Juga:
- Ericsson Dan DNB Berjaya Catat Rekod Dunia Dengan Kelajuan 5G Mencapai 1Gbps Dari Jarak Jauh
- TIME Tawarkan Peningkatan Kelajuan Sehingga 1Gbps
Pakej internet untuk perusahaan oleh Maxis ini turut hadir dengan akses kepada Mesh WiFi, penghala WiFi-6, dan juga satu nombor talian tetap. Pengguna turut boleh memilih sama ada inginkan sebuah IP tetap atau dinamik.
Menariknya adalah pada harga penawaran pakej ini, yang ia hadir dengan harga promosi pengenalan pada RM189 sebulan untuk tempoh terhad. Difahamkan pelan promo ini bakal ditawarkan kepada pelanggan baharu di kawasan terpilih untuk tempoh ditetapkan.
Pihak Maxis menawarkan rebat kepada pengguna yang berdaftar sebelum penghujung April 2023 ini, membolehkan mereka menikmati harga langganan RM189 sebulan untuk tempoh terhad.