Bila sebut nak beli telefon pintar baru, ramai yang terus fikir beli direct dari jenama berkenaan atau marketplace lebih murah.
Walau bagaimanapun, realitinya tak semestinya begitu. Menerusi Maxis, pengalaman beli telefon pintar kini jadi serba mudah baik dari segi harga, perlindungan sehinggalah ke bahagian hiburan.
Kalau anda masih skeptikal, ini lima sebab kenapa beli telefon pintar dengan Maxis sebenarnya lebih jimat dan berbaloi.
1. Lebih Jimat Dari Sangkaan

Ramai yang terkejut bila tahu Maxis selalu ada promosi dengan penjimatan besar termasuk telefon pintar percuma untuk model tertentu.
Lagi best, anda boleh pilih cara bayaran ikut keselesaan sendiri sama ada ansuran bulanan rendah atau bayar penuh upfront untuk penjimatan berganda.
Menariknya, jika suatu hari nanti anda mahu terminate lebih awal, Maxis sedia membenarkannya tanpa dikenakan caj penalti tersembunyi. Anda cuma perlu selesaikan baki harga telefon pintar sahaja. Senang dan telus!
2. Perlindungan Extra Yang Orang Selalu Terlepas Pandang
Kebanyakan orang beli phone baru tanpa fikir soal perlindungan. Tapi dengan Maxis, setiap phone baru automatik datang dengan 3 bulan percuma Maxis Device Care. Perlindungan ini meliputi kerosakan melibatkan kerosakan tidak sengaja seperti skrin retak atau water damage.
Kalau anda pengguna pelan Maxis Postpaid 139 dan ke atas, ada lagi bonus. Anda akan terus dinaik taraf ke Device Care Plus yang siap cover kes kecurian.
Paling menarik, Maxis tidak sekadar repair, sebaliknya kalau telefon pintar rosak, anda terus dapat replacement 1-to-1. Memang tenang hati.
3. Senang Upgrade Bila Mahu Dapatkan Telefon Pintar Baharu

Satu lagi kelebihan kalau beli dengan Maxis ialah kemudahan trade-in. Untuk pengetahuan, Maxis merupakan antara telco di Malaysia yang menawarkan program trade-in secara rasmi.
Apa yang perlu anda lakukan adalah bawa sahaja phone lama ke Maxis, pihak Maxis akan menilai harga telefon pintar tersebut untuk pembelian telefon pintar terbaru. Serius mudah!
Tidak perlu lagi pening kepala nak cari pembeli sendiri atau risau soal data peribadi tersebar. Pihak Maxis turut sedia membantu anda transfer data dengan selamat ke peranti baharu dan reset telefon pintar yang lama buat anda.
4. Dah Upgrade Telefon Pintar Baharu, Upgrade Juga SIM Ke eSIM

Bila dah ada telefon pintar baru, takkan nak stuck dengan SIM fizikal lama? Maxis memudahkan lagi pengalaman anda dengan pilihan eSIM. Ia dipasang terus ke dalam phone, jadi lebih praktikal dan moden.
Menariknya, eSIM ni boleh digunakan merentasi sistem operasi berbeza – tak kisah anda pakai iOS atau Android. Tak ada lagi masalah SIM hilang, patah, atau terpaksa potong saiz.
5. Hiburan Premium Terus Dalam Genggaman

Maxis bukan saja tawarkan peranti dan device dan network yang rangkaian yang meluas, tapi turut tawarkan hiburan bersama!
Nak tahu apa yang lagi best? Para pelanggan baru mahupun yang menaik taraf pelan Maxis Postpaid 139,169 atau 199 boleh menikmati sukan langsung dan hiburan percuma melalui sooka (untuk masa terhad).
Akses kepada 20,000 VOD dan lebih 70 saluran langsung dengan penstriman lancar sehingga 3 peranti dalam 1080 Full HD. Fuh, serius menarik!
Sekiranya tempoh promosi tamat atau anda pengguna pelan Maxis Postpaid yang lain, anda masih boleh langgan sooka Premium dengan hanya serendah RM25 sahaja sebulan.
Bila diteliti, persepsi “beli phone dengan telco lagi mahal” sebenarnya sudah tidak releven. Menerusi Maxis, anda dapat lebih penjimatan, perlindungan menyeluruh, proses upgrade yang mudah, pilihan eSIM yang praktikal, serta hiburan premium terus dalam genggaman.
Jadi, kalau anda tengah fikir nak upgrade phone sekarang, jangan terus fikir marketplace. Ayuh lihat dahulu apa yang Maxis tawarkan. Mungkin inilah cara paling bijak dan lengkap untuk miliki device baru.
Ketahui lebih lanjut mengenai pelan langganan rangkaian bersama telefon pintar dengan klik di sini. Siapa tahu, anda bakal menjadi pemilik model terbaru iPhone 17 Pro Max bersama Maxis.