Setelah lama dinantikan, penyedia perkhidmatan telekomunikasi Maxis akhirnya mengumumkan pelan 5G secara rasmi kepada pengguna. Beberapa pelan baharu turut akan ditawarkan kepada pelanggan menawarkan data hampir dua kali ganda berbanding sedia ada.

Maxis mengatakan pelan pascabayar baharu akan bermula RM79 sehingga RM199 sebulan, dan menawarkan pelan data sehingga 200GB. Sementara untuk pelan prabayar pula, Maxis akan menawarkan pelan prabayar Hotlink 5G pada harga bermula RM45 sebulan untuk 50GB + 25GB data 5G bonus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pelan pascabayar Hotlink baharu dengan 5G pula dijangka ditawarkan pada harga RM70 sebulan untuk 70GB data 4G / 5G bersama 35GB data 5G bonus.

Tambahan lagi, belia di bawah umur 24 tahun dapat menikmati pulangan tunai sebanyak 20% untuk pembelian mana-mana pas internet bulan. Di samping itu, Maxis juga dijangka menyediakan pelan WiFi kediaman Maxis 5G, pada harga RM158 sebulan untuk penggunaan tanpa had.

Buat pengguna Hotlink pula, anda boleh menebus pas 5G percuma menerusi aplikasi Hotlink Red. Pas Akses 5G untuk 30 hari secara percuma ini tersedia sehingga 16 September 2023.

Hotlink turut menyatakan pengguna perlu melanggan pas 5G ini pada bayaran tambahan RM5 sebulan bermula 16 September 2023. Jadi tunggu apa lagi? Lawati laman rasmi Maxis untuk ketahui lanjut dan dapatkan pelan 5G pada hari ini.

Sumber