Kecoh pada minggu lalu apabila tular khabar yang mengatakan DuitNow QR akan mengenakan caj kepada peniaga bermula 1 November depan.
Meskipun mengenakan caj serendah 0.25%, rata-rata netizen khususnya para peniaga meluahkan rasa tidak selesa dengan caj yang dikenakan memandangkan sebelum ini caj ini tidak dikenakan oleh pihak DuitNow.
Baca Juga:
- Pengguna Maybank Berpeluang Bayar Menggunakan QR Di Singapura, Thailand Dan Indonesia
- Pelanggan Berkeras Bayar Paket Sos Cili, McDonald’s Buat Laporan Polis Selepas Siasatan Dalaman
Terbaharu, Maybank dan Public Bank tampil mengeluarkan kenyataan dengan mengesahkan tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow yang bermula 1 November ini.
Setakat ini, hanya Maybank dan Public Bank yang mengesahkan tidak akan mengenakan caj transaksi. CIMB Bank pula memaklumkan mereka hanya akan mengenakan caj bermula 1 Januari 2024 ini.
Difahamkan DuitNow yang sudah beberapa tahun diperkenalkan ini mengecualikan caj transaksi sebelum ini bagi meningkatkan jumlah pengguna. Pengecualian ini sekali lagi diteruskan apabila negara dilanda dengan pandemik COVID-19.