Wartawan bola sepak Perancis dan pundit RMC, Walid Acherchour percaya Lamine Yamal sedang menggunakan strategi komunikasi yang bijak dalam persaingan Ballon d’Or.

Menurut Acherchour, Yamal mahu mengubah naratif perlumbaan Ballon d’Or kepada pertarungan secara terus antara dirinya dengan Kylian Mbappe.

Sebelum ini Lamine Yamal langsung tidak menyentuh tentang dia adalah orang paling layak menang Ballon d’Or.

Namun selepas Kylian Mbappe memulakan kempen mendakwa dia paling layak memenangi Ballon d’Or. Tiba-tiba Lamine Yamal mendakwa bahawa dia lebih layak daripada Mbappe kerana sudah menenagi Liga Sepanyol, Euro dan Piala Dunia.

Di mana ketiga tiga kejohanan itu Mbappe turut menjadi bintang utama. Dan Lamine Yamal hadir sebagai pemain muda berbakat.

Menariknya, Lamine Yamal awalnya bersetuju bahawa Mbappe memang layak. Kerana menurutnya, ketika ini dia dan Mbappe adalah 2 pemain terbaik di dunia.

Namun Lamine Yamal menggunakan hujah trofi untuk mempengaruhi pengundi di Ballon d’Or itu nanti.

Acherchour anggap Lamine Yamal sangat licik dalam menyusun strategi. Dia berkata: “Lamine Yamal sudah faham semuanya. Dia mahu menjadikan perdebatan Ballon d’Or mengenai dirinya dan Kylian Mbappe.

“Dia mahu mengeluarkan pemain PSG dan Harry Kane daripada perdebatan.”

Acherchour percaya Yamal sedar Ousmane Dembele dan Harry Kane merupakan ancaman terbesar Mbappe dalam persaingan tersebut.

Jika persaingan hanya tertumpu kepada Yamal dan Mbappe, Acherchour melihat pemain Barcelona itu mempunyai beberapa kelebihan penting.

Prestasi di La Liga, trofi yang dimenangi, kejayaan di Piala Dunia serta popularitinya boleh menjadi faktor yang memihak kepada Yamal.

Lebih lebih lagi Mbappe sendiri menganggap dia lebih layak daripada Ousmane Dembele untuk memenangi Ballon d’Or kerana dia adalah Penjaring Terbanyak UCL, Penjaring Terbanyak La Liga dan Penjaring Terbanyak Piala dunia serta rekod jaringan terbanyak dalam sejarah Piala Dunia secara keseluruhan.

Wartawan itu berkata lagi: “Dia tahu Ousmane Dembele dan Harry Kane adalah bahaya kepadanya.”

“Ini komunikasi yang sangat baik daripada Lamine Yamal kerana dia berfikir, kalau saya lawan Mbappe sahaja, saya akan menang Ballon d’Or.”

“Itu pendapat saya. Saya benar-benar yakin dengannya.”

Persoalannya kini, adakah Yamal benar-benar sedang cuba mengecilkan persaingan Ballon d’Or kepada dirinya dan Mbappe?

Jika benar, strategi itu mungkin sangat penting ketika undian semakin hampir.