Bintang Real Madrid, Kylian Mbappe kali ini tidak dipilih menyertai skuad kebangsaan Perancis bagi mengharungi saingan Liga Negara-Negara UEFA menentang Israel dan Itali.
Ini adalah kali kedua berturut-turut nama Mbappe tiada selepas ketua jurulatih, Didier Deschamps tidak menyenaraikan bekas pemain PSG itu dalam senarai pemain yang diumumkan semalam.
Baca Juga:
- Adik Mbappe Menangis Selepas Nasser Al Khelaifi Arahkan Enrique Sisihkan Namanya
- Kylian Mbappe Sasar 50 Gol Bersama Real Madrid Musim Ini
- PSG Tetap Enggan Bayar Tunggakan Gaji Mbappe, Mahu Bawa Kes Ke Mahkamah
Sebelum ini, kapten Perancis itu terlepas dua perlawanan pada Oktober menentang Israel dan Belgium.
Ketiadaan Mbappe sekaligus menjadi bualan dalam kalangan penyokong dan ada yang berpendapat bahawa prestasi merosot bersama Real Madrid adalah punca utama tersisih daripada skuad kebangsaan.
𝐋𝐀 𝐋𝐈𝐒𝐓𝐄 pour le dernier rassemblement de l’année de nos Bleus 📋
Félicitations à Lucas Chevalier pour sa première dans le groupe 🇫🇷🙌#FiersdetreBleus pic.twitter.com/RIS2oyWvAA
— Equipe de France ⭐⭐ (@equipedefrance) November 7, 2024
Pemain berusia 25 tahun itu direhatkan untuk perlawanan bulan lalu bagi membantunya pulih daripada kecederaan paha yang dialami ketika bermain bersama Real.
Bagaimanapun, perkara itu menjadi kontroversi apabila dia kembali beraksi untuk Real beberapa hari kemudian sebelum Perancis sempat bermain.
Mbappe tidak hadir dalam kemenangan 4-1 Perancis ke atas Israel di Budapest dan kemenangan 2-1 di Belgium sebaliknya dia ke Stockholm untuk bercuti bersama rakan-rakannya.
Kylian Mbappé will miss a second-straight international break for France 🙅♂️
They'll face Israel and Italy in their final Nations League group games without their captain pic.twitter.com/CcRYWYWwGH
— B/R Football (@brfootball) November 7, 2024
Selepas percutian itu, media Sweden melaporkan bahawa dia sedang disiasat atas dakwaan merogol.
Bagaimanapun, Mbappe menegaskan ia adalah “berita palsu” manakala peguamnya memaklumkan yang pemain itu akan mengambil tindakan undang-undang di atas fitnah berkenaan.
Seorang pendakwa raya Sweden mengesahkan bahawa siasatan telah dibuka, tanpa menyebut nama Mbappe.
Sejak itu, bekas penyerang Paris Saint-Germain itu sudah membuat empat penampilan untuk kelabnya, menjaringkan satu gol.