Sejak berlaku konflik antara Hamas dan Israel pada 7 Oktober lalu, dapat dilihat majoriti orang ramai khususnya negara-negara Islam menunjukkan sokongan kepada Palestin.

Hal ini turut menyaksikan beberapa bisnes yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel diboikot secara besar-besaran. Jenama seperti McDonald’s dan Starbucks antara yang terkesan daripada kesan boikot ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, CEO McDonald’s, Chris Kempczinski tampil mengakui bisnes mereka di Timur Tengah serta beberapa negara lain sememangnya terkesan selepas daripada insiden perang yang berlaku.

CEO McDonald’s, Chris Kempczinski. Sumber: Committee for Economic Development

Selain itu, Chris Kempczinski turut mendakwa orang ramai telah menerima ‘maklumat yang salah’.

“Ini mengecewakan dan tidak berasas. Di setiap negara tempat kami beroperasi, termasuk di negara Islam, McDonald’s dengan bangganya diwakili oleh pengendali pemilik tempatan,” kongsi Kempczinski.

McDonald’s mengendalikan lebih daripada 40,000 kedainya di seluruh dunia dan kira-kira 5% terletak di Timur Tengah. Walau bagaimanapun, jenamanya masih terperangkap dalam krisis tersebut.

Sementara itu, turut tular beberapa gambar di mana tentera Israel menjamah makanan McDonald’s yang secara tidak langsung menguatkan lagi boikot di negara-negara Islam.

Kempczinski membuat kenyataan ini susulan tindakan boikot semakin memuncak sejak kebelakangan ini.

“Kami membenci apa-apa jenis keganasan dan tegas menentang ucapan kebencian, dan kami akan sentiasa berbangga membuka pintu kami kepada semua orang”, ulas Kempczinski.