McDonald’s Malaysia baru sahaja menarik semula saman ke atas badan bukan kerajaan anti-Israel, Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia.

Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Datuk Azmir Jaafar berkata, tindakan itu ambil selepas hasil positif proses mediasi serta penjelasan yang dibuat oleh BDS Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Malaysiagazzette

“Hasil pengantaraan dan penjelasan positif yang dibuat oleh BDS dalam kenyataan mereka baru-baru ini, yang mengakui bahawa tindakan pengendali McDonald’s di Israel adalah bebas sepenuhnya daripada McDonald’s Malaysia, kami akan menarik balik saman undang-undang itu,” kata Azmir dalam kenyataan.

Katanya, sebagai perniagaan yang dimiliki sepenuhnya penganut Islam, McDonald’s Malaysia komited terhadap ketelusan, amalan perniagaan beretika dan tanggungjawab sosial terhadap rakyat negara ini.

Katanya, sebagai perniagaan yang dimiliki sepenuhnya penganut Islam, McDonald’s Malaysia komited terhadap ketelusan, amalan perniagaan beretika dan tanggungjawab sosial terhadap rakyat negara ini.

Dalam pada itu, McDonald’s akan terus memberi sokongan kepada rakyat Palestin yang terjejas oleh keganasan melalui sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin dan inisiatif pengumpulan dana kerja.

Sebelum ini, McDonald’s Malaysia menfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia pada 30 Disember 2023 berikutan gerakan memboikot rangkaian makanan segera itu di Malaysia.

Gerakan ini dibuat susulan tindakan McDonald’s Israel yang membekalkan makanan kepada tentera rejim Israel.

Pemilik francais McDonald’s di Malaysia, Gerbang Alaf Restaurant’s (GAR), menuntut sejumlah kerugian hasil RM3 juta, pampasan untuk pekerja yang diberhentikan (RM1.5 juta) dan tamat tempoh bahan (RM1.5 juta).

McDonald’s Malaysia menegaskan ia tidak menyalurkan sebarang jualan, keuntungan, royalti, atau fi francais daripada operasi restoran untuk menyokong mana-mana perjuangan politik atau konflik.