Kerusi gaming pada hari ini sedia ditawarkan secara meluas di dalam pasaran kerana permintaan yang cukup tinggi. Apatah lagi kerusi gaming edisi terhad sudah pasti menjadi rebutan ramai lebih-lebih lagi daripada jenama terkemuka.

Kini McDonald’s di United Kingdom pula memperlihatkan hadiah utama untuk pertandingan terbaru mereka bersempena pengenalan menu burger McCrispy untuk pasaran tersebut. Ini bukanlah kerusi yang biasa kerana telah direka khas untuk para gamer yang mahu bermain permainan video sambil menikmati set McDonald’s menerusinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Facebook

Ini kerana kerusi gaming dilengkapi dengan pemegang dan juga pemanas makana terbina. Kerusi gaming ini hadir dengan rekaan berwarna kuning dan hitam dengan nama McCrispy ditulis di bahagian tempat duduk tersebut.

Menariknya, bahagian kanan dan kiri kerusi ini hadir dengan tempat untuk meletakkan kentang goreng dan bekas sos, dan juga kotak pemanas makanan.  Malah, ia hadir dengan tuala untuk mengelap tangan yang boleh digunakan untuk membersihkan jari-jari sebelum sambung bermain permainan.

Sumber Gambar: Facebook

Dilaporkan bahawa hanya satu kerusi gaming McDonald’s ini yang akan diberikan, walaupun terdapat laporan yang mengatakan bahawa McDonald’s membangunkan empat kerusi gaming ini. Seperti yang dilaporkan, pemberian kerusi gaming ini hanya terhad kepada pasaran United Kingdom sahaja,

Sumber