Berkat undian tanpa henti peminat dari Malaysia dan Jepun, anugerah Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival 2023 (TAAF) telah menjadi milik animasi kegemaran ramai, Mechamato!
Keputusan itu telah diumumkan di laman rasmi TAAF jam 5 petang tadi dan telah menewaskan animasi hebat lain seperti TIGER & BUNNY 2 Part 1 dan Dragon Ball Super: Super Hero.
Baca Juga:
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
TAAF2023 secara keseluruhan telah menerima 183,364 undian dan Mechamato telah mendapat 40,590 undian daripada jumlah tersebut.
Pengasas siri Mechamato, Nizam Abdul Razak turut meluahkan rasa terujanya dengan kejayaan Mechamato dan berterima kasih kepada semua yang tanpa henti mengundi animasi tersebut di TAAF 2023.
“Mechamato berjaya mendapat #1 kategori Anime Fans Award di Tokyo Anime Award Festival 2023! Terima kasih semua atas undian dan sokongan!” tulisnya. Tahniah diucapkan kepada MONSTA!