Kelab yang beraksi dalam saingan Thai League 1, secara rasmi mengumumkan bekas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe bagi menggalas tanggungjawab selaku ketua jurulatih pasukan tersebut bagi mengharungi baki saingan musim 2023/24.

Police melantik Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih baharu selepas beliau mencapai kata sepakat dengan Selangor bagi menamatkan kontrak dengan lebih awal, dua bulan berbaki sebelum saingan Liga Malaysia musim 2024/25 membuka tirai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pelantikan ini nyata menimbulkan banyak persoalan di kalangan peminat bola sepak tanah air dan juga negara jiran dimana terdapat media yang mempersoalkan mengapa jurulatih itu meninggalkan pasukan seperti Selangor dan kemudiannya menyertai Police.

Salah seorang wartawan sukan di Thailand iaitu Gian Chansrichawla membangkitkan persoalan dimana beliau berasa hairan mengapa Cheng Hoe menyertai sebuah pasukan yang sedang dilanda masalah kewangan selain bergelut di zon penyingkiran dalam carta liga.

Police Tero sebelum ini dibimbing oleh legenda Thailand, Worrawoot Srimaka selaku pengendali sementara dan dengan kehadiran jurulatih berusia 55 tahun itu, Worrawoot kini menggalas tugas sebagai pengarah teknikal kelab.

Selepas mengharungi 19 perlawanan, Police Tero hanya mampu meraih lima kemenangan, empat keputusan seri dan 10 kekalahan untuk mengumpul 19 mata.

Saingan Thai League 1 hanya berbaki 11 perlawanan untuk berakhir dan ia merupakan tugasan mencabar yang perlu dihadapi oleh Tan Cheng Hoe.

Selepas berehat hampir lapan bulan susulan keputusannya meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan, Cheng Hoe telah dilantik menjadi nakhoda baharu Selangor pada 24 September 2022.

Dibawah kendalian beliau, Selangor menamatkan musim 2022 ditangga kelima dan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia tetapi tewas 1-2 ditangan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Peningkatan terus dapat disaksikan apabila Selangor menamatkan saingan liga 2023 selaku naib juara hingga membolehkan mereka beraksi dalam ACL 2 pada musim ini.