Nama Park Hang Seo kembali menjadi sebutan selepas Kim Pan Gon mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya beberapa hari lepas.
Malah, laporan daripada media vietnam, Bongdaplus mendakwa Park Hang Seo merupakan calon utama yang sesuai menggantikan tempat Kim Pan Gon sebagai pengendali skuad Malaysia.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Park Hang Seo kini merupakan penasihat kelab Bac Ninh FC di Vietnam dan dilaporkan turut diburu oleh satu lagi pasukan kebangsaan dari Asia Tenggara iaitu Kemboja.
Reputasi beliau bersama Vietnam cukup hebat kerana pernah membantu negara itu memenangi pelbagai kejuaraan dan meningkatkan kedudukan ranking FIFA sehingga berada dalam kelompok 100 terbaik dunia.
Dalam satu temubual bersama stesen televisyen di Korea Selatan iaitu KBS, Park Hang Seo menegaskan beliau masih berminat untuk melatih negara lain dan mengesahkan ada tawaran daripada beberapa pasukan termasuk Singapura.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini mendedahkan pengendali berusia 66 tahun itu sanggup meninggalkan Vietnam untuk melatih Harimau Malaya.
“Untuk pengetahuan anda, Park Hang-seo sudah hampir nak datang (ke Malaysia ketika itu). Masa temuduga dengan saya, dia sanggup nak pecah kontrak untuk datang.
“Dan dia nak datang dan minat melatih pemain-pemain naturalisasi Malaysia. Malaysia dia kata pasukan berkualiti, ada Corbin, ada Sumareh, kita ada semuanya.
“Dan dia sanggup nak pecah kontrak ketika itu. Padahal dia sudah menang ( ketika bersama Vietnam) dengan kita ketika itu. Tapi dia teringin nak pergi Malaysia,” kata Hamidin ketika temubual dalam Bola Itu Life bersama Keeshaanan Sundaresan dan Faiz Gurun.
Pelantikan jurulatih dari Sepanyol, Pau Marti Vicente sebagai pemangku ketua jurulatih skuad kebangsaan dianggap sebagai perancangan jangka masa pendek oleh FAM.
Prestasi beliau akan dinilai oleh FAM melalui dua kejohanan terdekat iaitu Pestabola Merdeka 2024, September depan serta kejohanan Piala Mitsubishi Electric 2024 hujung tahun ini.