Baru baru ini Meerqeen telah berkongsi gambar kereta baharu miliknya dengan para peminatnya di media sosial miliknya.

Pelakon kacak yang sedang panas di pasaran, Meerqeen menzahirkan rasa kesyukuran kerana akhirnya dapat memiliki kereta idamannya yang dianggarkan bernilai lebih RM1.7 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kereta yang dibelinya itu bukan calang calang. Ianya adalah Mercedez Benz G-Class. Ianya hasil daripada kerja keras pelakon itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam industri hiburan.

Menurut Zigwheel harga Mercedez Benz G-Class di Malaysia adalah sekitar RM1.79 juta.

Meerqeen menyatakan bahawa langkah diam diamnya membuahkan hasil yang hebat dan kini dia memiliki kereta baharu idamannya. Dia berkata:

“Langkah yang senyap, impak yang besar. Alhamdulillah ya Allah”.

Para peminat tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepad Meerqeen kerana berjaya memiliki kereta baharu yang cantik dan mewah itu.

Sambil menyatakan bahawa Merqeen selayaknya mendapat kereta idamannya kerana dia seorang yang telah banyak bekerja keras dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Peminat juga mendoakan agar Merqeen terus berjaya dalam industri yang diceburinya dan mencapai lebih banyak lagi impiannya selepas ini.

Seorang peminat menulis di ruangan komen: “Alhamdulillah, satu lagi senarai semak yang dah dipangkah daripada semarai matlamat.”

“Sentiasa ingat apa yang ibu kamu kata kepada kamu: “Terbang tinggi, tetapi ada masa turun, sujud di bumi. Terbanglah setinggi yang boleh untuk mencapai matlamat kamu dan sentiasa merendah diri Meer.”

Selain berlakon, Merqeen juga aktif dengan aktiviti sebagai penyanyi, duta produk dan modelling.

Dia menjadi duta beberapa jenama terkemuka termasuk Yves Saint Laurent dan Hublot serta banyak lagi.