Komposer terkenal Julfekar hairan penyanyi yang bersuara sumbang boleh dijemput oleh RTM untuk mengadakan persembahan baru baru ini.

Julfekar pernah merangkul beberapa anugerah seperti di Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM), Anugerah Juara Lagu (AJL) dan lain-lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain itu beliau juga pernah menerbit dan menulis lirik untuk beberapa orang artis tempatan dan antarabangsa seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Francissca Peter, Endang S.Taurina, Amy Mastura, Azharina, Nikki Bacolod, Kristal, Farahdhiya dan ramai lagi.

Beliau memberikan kritikan pedas ke atas kumpulan baharu The Gadys.

Kumpulan yang digelar The Gadys itu menuai banyak kritikan ke atas mereka setelah mempersembahkan lagu medley di KNKV Viral Awards 2024.

Mereka mempersembahkan lagu lama dan baru dalam persembahan mereka.

Namun malangnya, ramai mengkritik suara mereka sebagai sumbang.

Julfekar yang terkenal dengan ciptaan lagu hebat dalam industri tanah air telah memberikan komen pedas. Sambil mengeluh dengan kualiti industri muzik tanah air ketika ini.

Beliau berkata: “Memang tak boleh brain. Macam buat persembahan di sekolah je. Meleleh taik telinga.

“Macam ni pun boleh lepas buat persembahan. Apalah jadi dengan industri muzik kita ni. Sedih hmm..”

 

Selain Julfekar, Netizen turut rata rata mengkritik mutu persembahan tersebut yang sumbang daripada penyanyi tersebut, dan mempersoalkan bagaimana mereka boleh dijemput membuat persembahan?

Mereka menganggap itu ibarat sekadar level karaoke.

Ada juga yang bertanya keyakinan itu dibeli dekat mana?

Yang lain mencadangkan adalah lebih baik dijemput penyanyi Ceria Popstar sahaja.

Di sebalik kritikan yang diterima masih ada yang mempertahankan The Gadys. Keana mungkin mereka terlalu gemuruh membuat persembahan di majlis sebesar itu.

@demirakyatchannel

Fuhh..lain macam confident level tinggi..lagu awal2 boleh terima, masuk gewr ke 2…Takda buat raptai ke? #sumbang #nyanyi #teruk #rtmmalaysia #mukacantik #suara #viral #artismalaysia #demirakyatchannel #CapCut

♬ original sound – Demi Rakyat Channel – Demi Rakyat Channel

Ada yang memuji pakaian yang dipakai sebagai sangat cantik dan berharap mereka akan lebih baik di masa akan datang.

@thegadys

Hi. 💖 #TheGadys #tiktoktrend #mpopmalaysia

♬ nhạc nền – 🍡🍡 – 🍡🍡

Peminat peminat mereka kekal berdiri di belakang The Gadys dan menyatakan bahawa kumpulan itu sebenarnya memang berbakat cuma kali ini kurang perform.