Leandro Paredes mencetuskan kontroversi sejurus tamat aksi final Piala Dunia 2026 apabila dilaporkan terlibat dalam pergaduhan besar selepas Argentina tewas 0-1 kepada Sepanyol di Stadium MetLife, New Jersey.
Kekalahan menerusi masa tambahan itu menyaksikan impian Argentina untuk mempertahankan kejuaraan dunia berkecai, namun suasana selepas wisel penamat lebih mencuri perhatian apabila berlaku kekecohan melibatkan beberapa pemain kedua-dua pasukan.
Pengulas BBC, Guy Mowbray, menggambarkan situasi tersebut sebagai sesuatu yang memalukan apabila staf kejurulatihan Argentina, termasuk Lionel Scaloni, terpaksa meleraikan pemain mereka daripada terus bertelagah.
Bekas penyerang England, Alan Shearer, pula mendakwa beliau melihat Paredes melepaskan beberapa tumbukan ke arah pihak lawan.
“Saya rasa saya melihat Leandro Paredes melepaskan sekurang-kurangnya dua atau tiga tumbukan padu ke arah muka seseorang. Dia benar-benar menyerang seseorang. Tiada tempat untuk tindakan seperti itu dalam bola sepak.
“Kita tahu betapa besarnya makna perlawanan ini buat mereka dan betapa sakitnya apabila tewas. Tetapi ada cara untuk menerima kekalahan. Malangnya, ini bukan kali pertama kita melihat reaksi seperti itu daripada mereka.
“Reaksi selepas wisel penamat memang teruk. Tidak syak lagi pasukan terbaik telah menang. Sepanyol mengawal permainan dari awal hingga akhir, mencipta peluang dan bermain bola sepak yang sebenar. Ini adalah kemenangan yang memang mereka layak peroleh.”
Setakat ini, FIFA masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut atau sama ada tindakan disiplin akan dikenakan terhadap pemain yang terlibat.
Namun ramai berpendapat bahawa insiden itu pasti akan mengundang masalah untuk Paredes.