Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan seorang pemilik kenderaan Volkswagon Jetta dari Singapura didakwa sengaja mengisi minyak jenis RON95 serta cuba menipu nombor plat kenderaan dengan menampal pelekat hitam.
Yang lebih mengeruhkan keadaan lagi, apabila disoal tentang kewarganegaraannya langsung mengakui sebagai rakyat Malaysia kerana mahu menikmati harga minyak bersubsidi.
Menariknya, tidak mengambil masa yang cukup lama buat netizen dari negara terbabit memberi kerjasama apabila berjaya menjejak kenderaan suspek di kediamannya.


Dalam pada itu, netizen Singapura hanya berseloroh mengatakan sesiapa yang melakukan jenayah atau melanggar peraturan selalunya boleh dijejaki dengan mudah terutamanya dari negara itu.
Hal ini kerana keluasan negara itu yang kecil menjadikan sebarang penjejakan boleh dibuat dalam masa yang singkat apatah lagi dengan kuasa media sosial yang meluas.
“Hanya kerana nak jimat sikit, sekarang jadi buruan polis Malaysia.”
“Hanya sebab nak jimat $20, satu Singapura dah tahu mana dia tinggal. Memang tak berbaloi.”
“Bawa kereta Eropah, tapi nak menipu petrol murah. Lebih baik jual kereta tu, naik bas atau MRT saja kalau nak jimat sangat. Jangan malukan rakyat Singapura.”
Walaubagaimanapun, netizen Singapura meluahkan kekecewaan dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu warganegaranya bukan sahaja menyusahkan banyak pihak malah mencalarkan imej negara mereka.
Ada yang berpendapat ini satu tindakan yang tidak berbaloi dek kerana hanya mahu berjimat beberapa SGD, kini menjadi ‘Wanted’ di negara lain.
“Banyak kes warga sg mengambil hak kami warga my..kami sendiri nakkan subsidi minyak nie perlu ada lesen memndu yg sah,klau xde kami dikenakan harga bukan subsidi utk myk subsidi..kamu yg di luar dengan mudah ambil.tolong jgn pentingkan diri..hormati undang2 negara orang..
“2 negara ni kalau takda orang bermasalah macam owner kereta tu mesti harmoni je. Tapi tulah sebabkan geng2 pencuri ni habis singaporean lain kena tempias. Padahal ramai je yg ikut peraturan,” demikian respon dari rakyat Malaysia sendiri.