Seorang rakyat Malaysia yang menetap di Denmark nekad untuk merentas sempadan antarabangsa demi mendapatkan sos plum untuk memasak resipi Khairul Aming.
Menurut wanita tersebut, sos plum yang digunakan Khairul Aming sangat sukar untuk didapati di Denmark.
Lalu dia memutuskan untuk melakukan pengembaraan demi resipi Khairul Aming yang tular itu.
Khairul Aming Muat Naik 3 Resipi
Oleh kerana Khairul Aming pada ramadan tahun ini, memuat naik 3 atau lebih resipi sehari, bermakna dia akan terus merentas sempadan masuk ke Jerman atau negara lain yang berjiran dengan Denmar untuk membeli bahan bahan diperlukan.
@khairulaming Resipi pertama: Ayam Sos Plum 😁 Selamat berpuasa semuaa. Jangan lupa set alarm bangun sahurr
Dia menulis di Threads: “Ketika ‘pelajar tempatan’ [gelaran untuk netizen Malaysia yang menyertai kelas Khairul Aming] memfailkan “perceraian ke atas resipi” kerana ia “terlalu susah”, ada antara kami yang melakukan jenayah antarabangsa demi menjaga ‘hubungan’ ini.”
@khairulaming Ini penjelasan dari pihak saya
Dia kemudian menjelaskan seolah olah tidak percaya bahawa dia benar-benar merentasi sempadan masuk ke Jerman untuk ‘menyeludup’ masuk sos plum ke Denmark.
Wanita itu meneruskan: “Beberapa hari lalu, saya benar-benar memandu merentas sempadan ke Jerman hanya untuk menyeludup sos plum kembali ke Denmark kerana kami di sini tak ada. Itu bukan putus cinta — itu larian visa demi rasa.
“Jadi sementara ada yang mengalah, kami masih di sini, masih lapar, masih komited.
“KA, teruskan berusaha siapkan 3 resipi sehari. Kami akan terus melintasi sempadan demi kamu.”
