Sempena ulang tahun ke-49 Petronas, warga Malaysia yang lahir pada bulan Ogos berpeluang mendapatkan tiket percuma untuk melawat Menara Berkembar Petronas.
Untuk pengetahuan anda, tawaran tersebut terhad satu tiket sahaja bagi setiap individu dengan syarat mereka perlu hadir ke kaunter informasi di menara berkenaan dan menunjukkan MyKad atau MyKid untuk menebus tiket.
Baca Juga:
- 5 Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sepanjang ‘Staycation’ Di Kuala Lumpur
- 5 Aktiviti Menarik Di Kuala Lumpur Yang Bagus Untuk Perkembangan Minda Anak-Anak Anda
- Nikmati ‘View’ Kuala Lumpur Dari Ketinggian 50 Meter, Forest Skywalk FRIM Bakal Jadi Destinasi Pilihan Ramai
Individu yang layak boleh menentukan cadangan tarikh dan masa lawatan kepada staf bertugas namun bergantung kepada kekosongan waktu yang dipilih dengan konsep first come first served.
Pas tersebut termasuklah akses ke Sky Bridge dan Observation Deck. Tawaran istimewa itu hanya terhad hingga 31 Ogos ini.