Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, aktiviti berbasikal boleh dikatakan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara kita. Aktiviti berbasikal ini telah meningkat seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Bagaimanapun, seperti mana-mana aktiviti atau perkara yang popular sebelum ini, aktiviti berbasikal ini tidak turut terlepas daripada menerima teguran dan pandangan negatif daripada masyarakat sekeliling.

Pandangan dan kritkan yang dilontarkan itu bagaimanapun bukanlah mengkritik aktiviti yang dijadikan hobi ramai orang itu tetapi lebih kepada menegur sikap segelintir pengguna-pengguna basikal ini terutama bila berada di atas jalan raya.

Malah boleh dikatakan hampir setiap minggu (jika tidak hari) kita dapat melihat rungutan daripada pengguna jalan raya yang lain terhadap sikap segelintir pengguna basikal seperti yang dikongsikan lelaki ini di akaun Twitter nya hari ini.

EldzvriVMAENArO

“Walaupun saya kurang berbasikal tetapi saya selalu mengalah ketepi dan ke kiri (jalan).

“Tapi yang depan ni dah macam geng-geng motor. Ya ampun, sesiapa ada cadangan?” kongsinya di Twitter.

Mengalah bukan tunjuk ego

Berkongsikan mengenai kejadian berkenaan yang difahamkan berlaku hari ini, Amin ketika dihubungi The Vocket memberitahu perkara itu tidak seharusnya menjadi kebiasaan dalam kalangan pengguna basikal.

Menurutnya, adalah lebih baik jika mereka ini mengikut peraturan berbasikal yang telah ditetapkan dan tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain ketika melakukan aktiviti mereka.

“Sebagai bekas individu yang pernah berbasikal lebih baik kita mengalah, lebih baik kita stay on the left side (berada di sebelah kiri jalan), dan bagi kereta dan kenderaan besar lalu.

“Benda simple saja buat apa kita nak tunjuk action diri kita, buat apa kita nak ego atas jalan raya seperti motosikal, kita basikal ni kecik saja.

AnyConv.com__Jpvta73k
Amin ketika menyertai pertandingan duathlon sebelum ini.

“Beratur satu barisan, kalau kumpulan kau ramai beratur dekat sebelah kiri, tak perlu lah kita nak show off (menunjuk) aku ini bawa basikal.

“Buat apa? in the end (di penghujungnya) kita juga yang habis,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Amin berkata mereka yang menggunakan basikal di atas jalan raya adalah sangat berbeza jika dibandingkan dengan penunggang motosikal.

Tambahnya, satu kemalangan kecil yang berpunca daripada basikal boleh mengakibatkan kesan yang besar kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Berbasikal ini dia berbeza dengan menunggang motosikal. Kalau kemalangan dia akan memberi kesan kepada semua,” jelasnya.

Justeru itu, sebelum mengakhiri perbualan bersama kami beliau sempat memberikan pesanan ringkas “mengalah sahaja daripada binasa”.

Buat anda yang masih belum mengenali Amin, beliau juga dikenali sebagai ameeynkeychick dalam komuniti sukan dan rekreasi tempatan.

Mula bergiat dalam aktiviti berbasikal sejak 2014 dan larian pada 2014, beliau sehingga kini masih menggunakan basikal sebagai salah satu kelengkapan aktiviti multi sport duathlon yang disertainya.

Baca juga perkongsian kami mengenai sikap segelintir pengguna basikal yang menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan netizen sebelum ini melalui pautan di bawah.

Netizen Kecewa Sikap ‘Selfish’ Geng Basikal Yang Menyusahkan Penduduk Gombak

Gagal Patuhi Undang-Undang, Penunggang Basikal Bakal Dikenakan Denda Sehingga RM1,000

‘Lesen Dan Plat Hanya Akan Mengurangkan Pengguna Basikal’- Azizulhasni Awang

Sumber