Bintang Vietnam, Nguyen Quang Hai pernah berkelana ke Perancis untuk menandatangi kontrak selama dua musim bersama kelab saigan Ligue 2, Pau FC pada Jun 2022.
Berpeluang beraksi dalam 12 perlawanan dimana dua daripadanya sebagai pemain kesebelasan utama, Quang Hai berjaya menjaringkan satu gol.
Baca Juga:
- 3 Mata Untuk Vietnam Kerana Malaysia Turunkan Pemain Tak Sah, Kata Nguyen Quang Hai

- Tewaskan Indonesia Di Hadapan Penyokong Sendiri, Vietnam Juara Piala AFF B-23

- Vietnam Ubah Undang-Undang Mengenai Pemain Naturalisasi

Gol tersebut terhasil selepas beliau menyamakan kedudukan 2-2 ketika aksi liga bertemu pasukan yang dilabur oleh Zinedine Zidane iaitu Rodez AF.
Kali terakhir beraksi bersama pasukan utama pada 18 Februari, Quang Hai kemudiannya ‘turun pangkat’ untuk membatu pasukan pembangunan yang beraksi di divisyen lima.
Melihatkan kepada peluang kembali ke skuad utama semakin sukar, beliau akhirnya memilih untuk menamatkan kontrak dengan persetujuan bersama setahun lebih awal dan kembali ke Vietnam dengan menyertai Cong An Ha Noi (CAHN).
Menurut perkongsiannya di VN Express International kira-kira dua tahun lalu, pemain lincah itu mengakui faktor fizikal menjadi masalah terbesar buatnya untuk menyaingi pemain lain.
Tujuan Utama Bawa Nguyen Quang Hai Ke Pau FC
Selain itu pemilik Pau FC, Bernard Laporte-Fray tanpa berselindung turut mendedahkan keputusannya untuk membawa Nguyen Quang Hai ke Perancis adalah dengan tujuan pemasaran.
“Sudah tentu, kami (Pau FC) bercakap tentang aspek pemasaran (mengulas tentang kehadiran Nguyen Quang Hai),” ujar Laporte-Fray.
“Kami mahu dia menjadi seperti Lionel Messi yang sebenar tetapi dia telah menghadapi persekitaran baharu, sesuatu yang berbeza dihadapinya ketika di Vietnam.”
“Bukan mudah buatnya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. Dia juga suka menyendiri dan tidak boleh bercakap bahasa Perancis walaupun sudah menyertai kelas bahasa.”
“Kami mahu dia bersama skuad utama tetapi pada masa yang sama dia juga perlu untuk menunjukkan kualitinya.”