Bintang Vietnam, Nguyen Quang Hai menuntut 3 mata diberikan kepada Vietnam jika Malaysia gagal dalam rayuan mereka di FIFA.

FAM dan beberapa pemain warisan Malaysia berdepan masalah apabil FIFA mengenakan hukuman berbentuk denda dan juga  penggatungan 12 bulan ke atas 7 pemain warisan.

FAM
Foto: FAM

Ini selepas FAM didakwa mendaftarkan pemain dengan dokumen palsu. FAM masih boleh mengemukakan rayuan ke atas perkara tersebut.

Bintang Vietnm, Nguyen Quang Hai menegaskan bahawa, sangat sukar untuk menentang Malaysia sebelum ini.

Malaysia menang 4-0 ke atas Vietnam pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Bukit Jalil untuk aksi kumpulan F.

Dan Quang  Hai tidak yakin FAM akan menang dalam rayuan mereka dalam kes ini. Quang Hai menegaskan, jika rayuan FAM berkenaan perkara ini ditolak, dia berharap 3 mata diberikan kepada Vietnam.

Hal ini kerana Harimau Malaya dikira menurunkan pemain tidak sah dalam perlawanan tersebut.

Dipetik daripada sumber Zulhelmi Zainal Azam, Nguyen Quan Hai berkata:

“Proses (warisan) besar-besaran Malaysia, dengan seramai tujuh pemain menjadikan perlawanan kami menentang mereka sangat sukar.

“Sejujurnya, saya tidak tahu sama ada FAM boleh berjaya dalam rayuan, atau jika Vietnam akan diberikan kemenangan”.

Terbaru, FAM mengakui kesilapan kakitangan pentadbirannya ketika proses penghantaran dokumen menjadi punca kepada masalah tersebut.

Namun FAM memberikan jaminan bahawa, kesemua 7 pemain warisan tersebut ada berdarah Malaysia dan memiliki taraf kewarganegaraan yang sah.

FAM Sahkan Kesilapan Teknikal Oleh Pegawai Pentadbiran Punca Masalah Pendaftaran 7 Pemain Warisan