Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa isu pendaftaran 7 pemain warisan yang dikenakan tindakan oleh FIFA baru baru ini adalah kerana kesilapan teknikal daripada kakitangan pentadbiran FAM sendiri.
Sebelum ini FIFA mendenda FAM dan 7 pemain warisan yang dianggap didaftarkan dengan dokumen tidak sah dan disyaki membuat pemalsuan dokumen.
FAM telah didenda RM1.85 juta. Sementara 7 pemain diminta membayar denda kira RM10,600 seorang. Pemain pemain tersebut ialah Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano
Mereka turut digantung 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak. Bermula daripada tarikh hukuman dinyatakan.
Status sama ada 7 pemain itu masih boleh bermain untuk Malaysia selepas ini akan dirujuk jawatankuasa disiplin dan Tribunal FIFA.
Kesemua tindakan tersebut diambil oleh FIFA selaras dengan peruntukan FDC yang berkaitan, dan FAM diberikan 10 hari untuk membuat rayuan.
Terbaru FAM mengakui kesilapan kakitangan pentadbiran mereka punca pendaftaran kesemua 7 pemain warisan itu bermasalah.
FAM berkata: “FAM ingin memaklumkan bahawa kami telah mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran.”
FAM bagaimanapun memberikan jaminan bahawa kesemua 7 pemain tersebut adalah berdarah warisan Malaysia dan memiliki taraf kewarganegaraan Malaysia yang sah.
“FAM mengambil serius perkara ini. Walau bagaimanapun FAM ingin menegaskan bahawa para pemain warisan yang terlibat adalah rakyat Malaysia yang sah,” jelas FAM.
FAM TUNGGU KEPUTUSAN PENGHAKIMAN FIFA SEBELUM KEMUKA RAYUAN
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang menunggu keputusan penghakiman penuh daripada FIFA sebelum mengemukakan rayuan mengikut proses dan lunas undang-undang sedia ada.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/9BRI61ZbTt
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 28, 2025