Jika pada tahun lalu Khairulaming menarik perhatian warganet dengan membawa kesemua staf Sambal Nyet bercuti di Lalang Resort & Spa, Jeli Kelantan.
Pada malam semalam pengasas bisnes sambal itu berkongsi video beliau dan staf pergi bercuti di Langkawi. Menurutnya, operasi kilang ditutup selama lima hari untuk menjayakan retreat tersebut.
Baca Juga:
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
Menerusi video yang berdurasi tiga minit itu, setiba rombongan mereka ke Langkawi, Khairulaming menyediakan penginapan di sebuah hotel 5 bintang supaya semua stafnya dapat berehat dengan selesa dan tenang.
Minggu ni kita tutup kilang Sambal Nyet selama 5 hari untuk bawa kesemua 60 staff bercuti di Langkawi. Kita sediakan hotel 5 bintang, jetski, explore cave, snorkelling, private yacht untuk tgk sunset & duit belanja untuk diaorang shopping. Alhamdulillah semua staff happy ✨🥹 pic.twitter.com/in15T42wFQ
— Khairulaming (@khairulaming) May 21, 2023
Kemudian pada hari kedua, Khairulaming membuat surprise dengan menyediakan private yacht untuk stafnya menikmati permandangan laut. Beliau menyewakan dua kapal untuk mengasingkan staf lelaki dan wanita. Jetski juga disediakan untuk mereka yang ‘berjiwa kelajuan’ di lautan.
Pada waktu malamnya, Khairulaming memberikan ‘duit poket’ kepada semua staf untuk mereka semua bebas berbelanja membeli apa yang mereka mahu.
Hari ketiga pula semua staf Sambal Nyet dibawa pergi ke Underwater World Langkawi untuk melihat hidupan laut lebih dekat. Selepas itu mereka semua menaiki bot sekali lagi untuk meneroka kawasan hutan paya bakau & masuk ke gua.
Aktiviti tidak berhenti di situ sahaja, Khairulaming membawa mereka semua naik kereta kabel naik ke puncak gunung yang setinggi 713 meter.
Kemudian sebuah restoran sudah ditempah untuk menjamu 60 staf Sambal Nyet merasai makanan kampung tempatan.
Perkongsian Khairulaming itu telah mendapat pujian orang ramai yang turut berasa gembira melihat semua staf dihargai dan dilayan dengan baik.
Ada netizen mendoakan agar Khairulaming akan membawa stafnya ke umrah, ikon masakan Malaysia jawab dengan ‘mengaminkan’ doa itu.
Terdapat juga pemilik bisnes lain yang menyatakan mereka terinspirasi dengan cara Khairulaming menghargai staf, jadi mereka sudah pun mula ‘menirunya’ dengan membawa staf mereka sendiri makan angin.