Kematian seorang wanita Florida, Amerika Syarikat ekoran mengambil makanan tambahan diperbuat daripada ketum terbela selepas keluarganya menerima pampasan berjumlah $11 juta (~RM49.97 juta).

Keluarga mangsa menerima pampasan itu selepas memenangi kes saman terhadap pengeluar produk itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: New York Post

Menurut peguam keluarga warga wanita itu, Tamara Williams, pampasan diterima keluarga anak guamnya itu sebagai pengajaran kepada pihak lain.

“Pampasan bernilai $11 juta (~RM49 juta) ini perlu menjadi peringatan kepada industri ketum mengenai bahan bahaya dan tidak terkawal ini,” katanya seperti dilaporkan New York Post.

Sumber Gambar: New York Post

Pada 20 Jun 2021, jururawat, Krystal Talavera, 39, meninggal dunia selepas pengsan secara tiba-tiba di rumahnya di Boynton Beach.

Wanita itu ditemukan suaminya, Biaggio Vultaggio dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah mereka.

Sumber Gambar: New York Post

Turut dilihat berada berdekatan dengan mangsa ialah secawan kopi mengandungi makanan tambahan keluaran syarikat The Kratom Distro, Space Dust.

Produk itu yang diperbuat daripada daun ketum dan tidak menerima kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA).

Pejabat Koroner Daerah Palm Beach mengesahkan, kematian Talavera akibat mabuk mitragynine akut disebabkan daun ketum.

Anak wanita itu, Devin Filippelli, 21, yang memfailkan saman ke atas syarikat itu dan dan pengedarnya, Grow LLC mendakwa, makanan tambahan diambil ibunya itu menghasilkan kesan menyerupai opioid.

Katanya lagi, ia menyebabkan kegagalan pernafasan sekali gus mengancam nyawa ibunya. Selain membela keluarga mangsa, pihak perundangan juga mahu membuka mata kepada pemain industri ketum yang mana dilihat semakin banyak tetapi tidak menepati prosedur yang ditetapkan.