Sejak mulai Sony PlayStation 5 (PS5) dilancarkan pada akhir tahun lalu, konsol yang menjadi idaman para gamer ini masih lagi menjadi rebutan sehingga kini. Malah, boleh dikatakan hampir setiap kali penjualan, kesemua konsol ini berjaya terjual dengan laris dan pantas.

Jika sebelum ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berjaya menjadi individu pertama di Malaysia memiliki Sony PS5, kini baginda sekali lagi mencipta fenomena dengan bermain FIFA 21 dengan cara yang penuh epik iaitu secara terus daripada padang Stadium Sultan Ibrahim.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →
EvWXTChUcAA_IQF
Sumber: Instagram @hrhcrownprinceofjohor

Melalui perkongsian yang dibuat melalui Instagram Stories, dapat dilihat TMJ telah memilih pasukan Paris Saint-Germain dan bermain secara terus menggunakan skrin besar yang terpampang di Stadium Sultan Ibrahim.

Gayanya yang bersahaja dengan berbekalkan sebuah sofa sekaligus membuatkan gaya pemainan FIFA ini antara yang paling epik ketika ini. Berikut antara gambar yang dikongsikan TMJ melalui laman Instagram baginda sekaligus memaparkan suasana Stadium Sultan Ibrahim yang tampak kemas dan moden.

EvWXTCKVcAEPg3j
Sumber: Instagram @hrhcrownprinceofjohor
EvWXTCRVEAMOx06
Sumber: Instagram @hrhcrownprinceofjohor

Tular pada bulan lalu apabila TMJ memaklumkan terdapat 136 cubaan menggodam Instagram baginda sepanjang dua hari.

136 Cubaan ‘Hack’ Sepanjang Dua Hari, TMJ Buktikan IG Baginda Kebal Daripada Godaman

Terima Tiga Minggu Lebih Awal, TMJ Muncul Individu Pertama Di Malaysia Memiliki PS5