Semalam polis telah menahan lelaki tempatan yang disyaki melakukan samun terhadap seorang remaja di dalam lif sebuah pangsapuri di daerah ini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek ditahan di sebuah unit di pangsapuri sama, kira-kira 11 pagi semalam, petik Harian Metro.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Katanya, penangkapan lelaki berusia 43 tahun itu dibuat selepas mangsa yang berusia 14 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pada Ahad lalu itu.

“Bertindak atas maklumat, ketua balai bersama anggota Unit Peronda Sektor (URS) Balai Polis Majidee membuat serbuan di sebuah unit pangsapuri di daerah ini, dan menangkap suspek lelaki berkenaan.

“Polis turut merampas telefon bimbit, sehelai seluar dan sepasang kasut.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai empat kes jenayah dan tiga kes dadah. Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif morfin,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Sejak semalam, tular sebuah video berdurasi 32 saat memaparkan seorang remaja lelaki disamun seorang individu bertopi keledar ketika di dalam sebuah lif kediaman pangsapuri di sini.