Memang tidak dinafikan negara Korea Selatan memang menjadi sebutan di seluruh dunia kerana penawaran hiburan yang luar biasa dan juga kaya dengan budaya serta pelbagai tempat menarik di sana.
Walaupun disanjung ramai lebih-lebih lagi di Malaysia, dikatakan terdapat sisi gelap yang masih tersimpan di dalam kalangan rakyatnya.
Menerusi akaun TikTok @jazymnjennings, wanita yang berasal dari Australia ini mendedahkan tentang bagaimana rakyat Korea Selatan memberikan layanan yang berbeza terhadap seseorang dek kerana warna kulit, bangsa dan rupa paras.
Dia bercerita pengalamannya yang pernah berkerja di sebuah restoran makanan di Korea Selatan di mana mendapat layanan yang sangat baik dari warga tempatan.
Walaupun Jazmyn mengakui tidak mahir dalam berbahasa Korea Selatan, pelanggan di sana masih memilih dia untuk memberikan servis pada waktu itu.
Sementara rakam karibnya yang datang daripada Malaysia pula diberikan layanan yang buruk oleh warga tempatan di sana walaupun sangat mahir dalam bahasa Korea Selatan.
Lebih teruk lagi, mereka tidak mahu berkomunikasi langsung dan mengganggap wanita itu seperti tidak wujud.
Bukan itu sahaja, wanita Malaysia itu juga dilayan teruk seperti dimarahi dengan kata kesat dan dibaling tuala kecil sepanjang berkerja di restoran terbabit.
Perkara sama yang terjadi ketika berada di dalam sebuah teksi ketika mahu pulang dari tempat kerja mereka.
Pemandu teksi terbabit enggan menanyakan sebarang soalan kepada wanita dari Malaysia itu meskipun dia menjadi penterjemah kepada Jazmyn ketika bersembang dengan pemandu teksi.
Oleh itu, dia meluahkan rasa kekecewaan terhadap segelintir warga Korea Selatan yang mempunyai sifat xenophobia yang bermaksud memiliki perasaan takut dan benci terhadap orang asing atau tidak dikenali.
Malah, dia merasakan oleh kerana memiliki kulit berwarna putih dan rupa paras yang menarik akan mendapat layanan yang tersangat baik berbanding mereka yang berkulit gelap dan datang dari negara seperti Malaysia, Filipina, Taiwan atau China kerana dianggap tidak mencapai standard kecantikan mereka.
Bagaimanapun, dia mengesahkan bahawa perangai ini hanya berlaku di kalangan individu yang berusia sahaja sementara golongan muda lebih berfikiran terbuka.
@jazmynjenningss I know having this conversation won’t win me many Korean friends but xenophobia and colourism are the two biggest downfalls of Korean society. People die because of this discrimination and there still aren’t any laws to protect anyone. #storytime #koreanstorytime #korea #southkorea #koreanworkingholiday #workingholiday #dewyskin #koreanskincare
Video wanita Jazmyn kini meraih jutaan jumlah tontonan dengan sejumlah tanda likes dan juga menerima pelbagai reaksi netizen.
Selain terkejut dengan fenomena itu, ramai netizen yang berkongsi pengalaman bahawa memang dilayan sedemikian ketika berada di sana bahkan sampai ada yang memperlekehkan negara tertentu.