Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat semakin ramai individu yang sanggup melakukan apa sahaja demi konten. Malah, perkara-perkara yang tidak sepatutnya dirakam juga turut dirakam dan dikongsikan kepada umum.
Terbaharu, tular mengenai seorang wanita yang memuat naik video beliau ‘disekolahkan’ oleh bakal mak mertua gara-gara mahu buat konten bersama sehingga membuatkan wanita ini memilih untuk memutuskan hubungan bersama pasangannya.
Baca Juga:
- ‘SPM Ni Kosong, Ilmu Fardhu Ain Lebih Penting’ – Influencer Anggap Sekolah Tiada ‘Value’
- ‘Tolong Jaga Adab’ – Tular Video Individu Buat Persembahan Silat Di Masjid Nabawi
Terasa sakit jgak,
kalau kena dengan kata-kata macam ni 😌 pic.twitter.com/jny4rvNqiX
— ًِ (@bckupacc99) January 29, 2024
Menurut bakal mak mertua wanita dalam video ini, beliau pelik dengan hairan dengan tindakan wanita yang suka membuat konten ini.
Malah, beliau turut pelik tujuan menjadikan semua perkara sebagai konten. Menurutnya, beliau tidak mahu anaknya yang bijak dalam bidang akademik hanyut dalam dunia sosial media gara-gara wanita ini.
Kata-kata yang dianggap ‘tidak berlapik’ ini membuatkan wanita ini menangis serta memilih untuk memutuskan hubungan bersama teman lelakinya. Lebih ironi, wanita ini turut memuat naik perbualannya bersama bakal mak mertua beliau sebagai konten di media sosial.
Tindakan yang dilakukan wanita ini walau bagaimanapun tidak mendapat sokongan rata-rata netizen. Malah, netizen berpendapat video yang dimuat naik ini mungkin hanyalah sebagai konten untuk menarik perhatian ramai.
Selain itu, netizen turut pelik wanita ini masih lagi konsisten untuk memuat naik video meskipun diaibkan.
1. Video ni mungkin staged content
2. Makcik ni just being straightforward tapi still cam apa doh cakap camtu tak baik tau
3. Mende private talk macam ni pun nak buat bahan jugak.
4. Jenis yang semua benda nak dicontent pun rimas jugak https://t.co/xNZrZoKFWV— brgsjks (@brgsjks) January 29, 2024
So betul la mak dia marah sebab semua benda dia expose, lepas record makcik pun dia upload hahah. Terpaling content. https://t.co/gmlhktXJAI
— keem (@AkeemSharyzal) January 29, 2024
Betul la apa makcik tu cakap, semua benda ko nak buat content. Kalau i jadi makcik ni pun i bengang tengok perempuan semua benda nak buat video 😂😂 https://t.co/Djsz1DRIbR
— musuh isley (@g8keepur) January 29, 2024
Diharapkan perkongsian seperti ini dapat menjadi pengajaran kepada orang ramai khususnya anak muda agar lebih berhati-hati sebelum memuat naik video di media sosial.
Sebelum ini turut tular seorang influencer yang melabel SPM dan ilmu yang dipelajari di sekolah sebagai kosong dan tidak ada ‘value’.